Rawatan Kulit Laser

Oleh Fazlina Mustaffa

RAWATAN kulit laser semakin popular dalam kalangan masyarakat yang inginkan kulit yang cantik, serta bebas daripada jerawat, jeragat, kedutan, tanda lahir dan kesan parut. Rawatan kulit laser yang memakan kos yang tinggi, daripada ratusan hingga puluhan ribu ringgit tetap menjadi pilihan kerana keberkesanan kaedah rawatan ini yang hampir 99 peratus.

Walaupun rawatan kulit laser dibuktikan selamat, individu terdedah kepada kesan sampingan, seperti kemerahan kulit dan kesan terbakar yang hanya bersifat sementara. Losen yang sesuai akan disapu pada bahagian kulit yang dirawat bagi mengurangkan komplikasi ini. Kebiasaannya, penerima rawatan akan meletakkan ketulan ais pada bahagian kulit yang dirawat bagi mengurangkan kesan panas dan terbakar yang dirasai selama beberapa jam.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2012

Posted in: Dermatologi