Alat Intrauterin dan Sistem Intrauterin

Alat intrauterin ialah alat yang dihasilkan daripada tembaga berbentuk “T” dan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor. Ada dua benang halus pada satu hujung yang tergantung ke arah pangkal rahim. Wanita yang memasangnya dapat merasai benang ini. Benang ini berfungsi untuk memastikan alat IUD masih berada pada kedudukan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik keluar alat IUD apabila tidak diperlukan.
Alat IUD yang dianggap popular ialah Copper 375 (Cu 375). Menerusi penggunaan Copper 375, kehamilan dapat dielakkan dengan cara menghalang benih lelaki (sperma) daripada memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Kaedah ini juga bertindak dengan cara menghalang telur yang disenyawakan daripada melekat pada dinding rahim, seterusnya menghalang penempelan (implantasi).

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan Wanita

KEHAMILAN TINGKATKAN BERAT BADAN

Setiap wanita perlu menerima hakikat apabila berat badan bertambah ketika hamil. Pada waktu ini, berat badan danbentuk fizikal membesar dan berubah. Hal ini disebabkan olehkesan tumbesaran bayi di dalam kandungan.
Berat badan ibu hamil meningkat dengan ketaranya menjelang waktu kelahiran. Lebih kurang satu per tiga daripada berat badan tambahan ini ialah berat bayi, plasenta (uri) dan air ketuban (cecair amniotik). Ketika lahir, secara biasanya, berat bayi ialah 3.2 kg bagi perempuan dan 3.4 kg bagi lelaki.
Berat cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi ialah 0.8 kg. Dua pertiga berat yang berlebihan pula disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada badan ketika hamil.
Secara anggarannya, hal ini berlaku kerana lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah lebih kurang 0.9 kg. Selain itu, isi padu darah juga bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2 kg. Lebihan cecair dalam badan ibu hamil pula sebanyak 1.2 kg. Kemudian, berat payudara meningkat sebanyak 0.4 kg dan ibu hamil menyimpan lemak lebih kurang empat kilogram, untuk membekalkan tenaga ketika menyusukan bayi.
Menjelang hujung kehamilan, berat badan ibu hamil mungkin bertambah lebih kurang 12.5 kg berbanding dengan sebelum hamil. Walau bagaimanapun, nilai ini hanya anggaran pertambahan berat secara kasar. Oleh sebab itu, indeks jisim tubuh ibu hamil meningkat semasa hamil.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Januari 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan Wanita

Jangkitan Yis pada Faraj

Oleh Doblin Sandai

Jangkitan yis pada faraj ialah kerengsaan pada faraj yang berpunca daripada yis oportunis yang tergolong dalam genus Candida. Spesies yis yang paling biasa menjangkiti faraj ialah Candida albicans dan merupakan agen utama bagi penyebab jangkitan yis pada faraj. Kira-kira 75 peratus wanita mempunyai sekurang-kurangnya satu episod jangkitan yis pada faraj sepanjang hayat mereka. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehamilan dan diabetes yang tidak terkawal meningkatkan risiko jangkitan penyakit ini.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat pada tahun 2014, ada kira-kira 150 spesies Candida dan lebih daripada 20 spesies Candida yang dapat menyebabkan jangkitan pada manusia. C. albicans ialah spesies yang paling penting, selain spesies lain yang mempunyai kepentingan klinikal, seperti C. glabrata, C. parapsilosi, C. krusei dan C. dublienensis.

Biasanya, spesies ini berperanan sebagai komensal pada kulit, salur genital dan salur gastrousus. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah yis yang mengeksploitasi sekitaran perumah dan menyebabkan penyakit pada manusia. Insiden jangkitan yis meningkat dengan ketara sejak awal era 1980-an disebabkan oleh kemajuan dalam pengurusan penjagaan kesihatan pesakit kritikal.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan Wanita

Mata Buta Diserang Strok

Oleh AZHANY YAAKUB

TIDAK keterlaluan jika dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya seorang pesakit strok di setiap kampung atau pekan. Di Amerika dan Britain, dilaporkan terdapat 22 kejadian kes strok bagi setiap 10 ribu orang penduduk. Hal ini bermakna bahawa terdapat 700 ribu orang pesakit strok setiap tahun. Secara purata, ada satu kejadian serangan strok bagi setiap 45 saat. Angka ini agak menakutkan.
Gejala penyakit strok atau angin ahmar merupakan manifestasi bahagian tertentu otak untuk berfungsi. Otak merupakan cip tercanggih tanpa sebarang saingan hinggalah hari ini. Pelbagai maklumat sedar atau tanpa sedar disimpan dengan rapi dan digunakan apabila diperlukan.
Bahagian tertentu otak mengawal fungsi tertentu badan manusia. Sel otak ini berfungsi sempurna jika aliran darah yang kaya dengan nutrien dan oksigen mengalir dengan baik. Aliran darah juga memastikan bahan kumuhan sel otak dialirkan keluar sebagai bahan kumuhan daripada badan.
Bayangkan apa-apa yang berlaku jika pengaliran darah dua hala yang sempurna terganggu di suatu lokasi pada otak seseorang. Otak tidak lagi dapat berfungsi dan itulah angin ahmar.

TIDAK keterlaluan jika dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya seorang pesakit strok di setiap kampung atau pekan. Di Amerika dan Britain, dilaporkan terdapat 22 kejadian kes strok bagi setiap 10 ribu orang penduduk. Hal ini bermakna bahawa terdapat 700 ribu orang pesakit strok setiap tahun. Secara purata, ada satu kejadian serangan strok bagi setiap 45 saat. Angka ini agak menakutkan. Gejala penyakit strok atau angin ahmar merupakan manifestasi bahagian tertentu otak untuk berfungsi. Otak merupakan cip tercanggih tanpa sebarang saingan hinggalah hari ini. Pelbagai maklumat sedar atau tanpa sedar disimpan dengan rapi dan digunakan apabila diperlukan. Bahagian tertentu otak mengawal fungsi tertentu badan manusia. Sel otak ini berfungsi sempurna jika aliran darah yang kaya dengan nutrien dan oksigen mengalir dengan baik. Aliran darah juga memastikan bahan kumuhan sel otak dialirkan keluar sebagai bahan kumuhan daripada badan. Bayangkan apa-apa yang berlaku jika pengaliran darah dua hala yang sempurna terganggu di suatu lokasi pada otak seseorang. Otak tidak lagi dapat berfungsi dan itulah angin ahmar.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Kesihatan Wanita

Berakhirnya Feminin Wanita

Oleh NIK HAZLINA NIK HUSSAIN

PUTUS haid atau menopaus berlaku pada waktu pertengahan usia seseorang wanita. Keadaan ini terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Perkataan “menopaus” berasal daripada perkataan Greek, iaitu “meno” yang bererti haid dan “pause” pula bermaksud berhenti. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada kes yang berlaku secara mendadak.
Istilah lain yang diberikan kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan daripada tahap kesuburan yang tinggi kepada ketidaksuburan ialah klimakterik. Semasa peringkat klimakterik, pengeluaran hormon estrogen daripada ovari semakin berkurangan. Keadaan ini menyebabkan aras hormon wanita tidak stabil. Ketidakstabilan aras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu berlaku dalam diri wanita yang menopaus.
Selain itu, terdapat kes menopaus palsu, iaitu menopaus yang berlaku secara bukan semula jadi. Misalnya, dalam kes pembedahan membuang ovari yang terpaksa dilakukan kerana terdapat ketumbuhan atau kanser, atau disebabkan oleh ubat-ubatan, seperti kesan radioterapi atau kemoterapi. Dalam kes ini, menopaus berlaku secara mendadak atau secara tiba-tiba, dan selalunya gejala klimakterik agak ketara berbanding dengan wanita yang mengalami menopaus secara semula jadi. Walau bagaimanapun, menopaus yang sangat awal boleh berlaku secara spontan, dan penyebabnya selalunya tidak dapat ditemui.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Jun 2012.

Posted in: Kesihatan Wanita