PENGGUNAAN KOMPUTER HADKAN TEMPOHNYA

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Komputer ialah alat teknologi yang sangat menakjubkan. Kelajuan pemprosesan komputer yang sangat pantas seakan-akan mampu menyaingi dan mengatasi kemampuan otak manusia. Malah, beberapa masalah yang sangat rumit dan tidak mampu diselesaikan oleh manusia dapat diselesaikan oleh otak komputer dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Berbekalkan kehebatan dan keupayaan komputer ini, tidak hairanlah apabila komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai tugasan. Sejak itu, bermulalah era penggunaan komputer secara menyeluruh dalam pelbagai bidang. Pengguna komputer mula memperuntukkan masa yang sangat banyak untuk duduk di hadapan komputer. Tangan pula digunakan untuk menaip dan menggerakkan tetikus.

Akhirnya, urusan kerja menjadi mudah dan cepat. Pengguna tidak perlu lagi berjalan terlalu banyak ke tempat lain untuk menghantar sesuatu maklumat atau menyelesaikan sesuatu tugasan. Oleh sebab itu, banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan. Secara tidak langsung, produktiviti dan kualiti kerja dapat ditingkatkan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Oktober 2018.

Posted in: Daripada Editor

RIBUT PETIR PENCETUS HUJAN BATU

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Pada 3 Jun 2016, hujan batu berlaku di Bukit Jalil. Setahun berikutnya, iaitu pada 21 Oktober 2017 pula, hujan batu berlaku di Kuala Krai. Yang terkini, hujan batu berlaku di Bukit Serdang dan berhampiran dengan Seri Kembangan pada 1 Ogos 2018. Pengulangan kejadian ini pada setiap tahun menunjukkan bahawa hujan batu bukan fenomena luar biasa di Malaysia.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah rakyat Malaysia, hujan batu ialah peristiwa yang pelik jika berlaku di Malaysia. Pada pandangan sesetengah orang ini, hujan batu sepatutnya hanya berlaku di negara luar, seperti China, Eropah tengah, selatan Australia, selatan dan barat Jerman, utara dan timur Perancis serta Amerika Utara.

Yang sebenarnya, jika mekanisme penghasilan hujan batu diketahui, tempat yang mungkin berlakunya hujan batu dapat dijangkakan. Walau bagaimanapun, jangkaan ini memerlukan seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuklah geografi dan meteorologi.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik September 2018.

PENEROKAAN DASAR LAUT SECARA SELAMAT

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Lautan meliputi 71 peratus permukaan bumi, dengan keluasanlebih kurang 361 juta kilometer per segi. Isi padu lautan pula lebihkurang 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman lebih kurang3790 meter. Dengan saiz yang terlalu besar ini, dasar laut dikatakanmenyimpan 1001 rahsia yang masih belum dapat dirungkaikan olehmanusia.

Hal ini berbeza daripada satu kawasan lain yang berada bertentangan dengannya secara menegak, iaitu ruang angkasa. Secara perbandingan, manusia dilihat lebih berlumba-lumba untuk meneroka ruang angkasa yang jaraknya lebih jauh sehingga berpuluh-puluh ribu kilometer. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia sangat menyedari kepentingan ruang angkasa sebagai penentu dominasi sesebuah negara.

Yang sebenarnya, dasar laut juga memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan manusia. Sebagai contohnya, di dasar laut, tersimpan petroleum yang menjadi sumber bahan bakar utama yang menjadi rebutan setiap negara. Malah, bahan berharga lain, seperti emas, mangan, tembaga, perak dan kuprum, turut berada di tempat ini. Namun begitu, keterbatasan manusia untuk meneroka dasar laut menjadi penghalang dalam usaha ini.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Ogos 2018.

Posted in: Daripada Editor

MAKANLAH YANG SELAMAT

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kecanggihan teknologi kejuruteraan genetik sememangnyadiakui oleh pelbagai ahli sains. Menerusi pencapaian dalamteknologi ini, pelbagai produk baharu dicipta dan digunakan.Produk yang baru dicipta ini mempunyai keupayaan yang tinggidari segi melawan penyakit dan musuh, bersaiz lebih besar danmempunyai produktiviti yang sangat tinggi.

Dalam bidang pertanian atau penternakan, yang paling penting ialah produktiviti penghasilan dan kelangsungan kehidupan. Jika produktiviti meningkat, banyak produk yang dapat dihasilkan. Jika kelangsungan kehidupan dapat ditingkatkan atau tiada yang rosak atau mati, output pertanian dan penternakan menjadi maksimum, seterusnya menguntungkan petani dan penternak. Secara tidak langsung, bekalan makanan daripada produk pertanian dan penternakan dapat dibekalkan pada setiap masa.

Antara kaedah untuk memastikan kejayaan pembekalan makanan termasuklah menghasilkan organisma terubah suai genetik. Organisma ini ialah organisma asal yang menjalani perubahan dari segi genetik, seterusnya membentuk organisma jadian. Perubahan ini pula suatu yang kekal. Oleh sebab itu, organisma ini sukar dihapuskan dan bakal mendominasi kawasan sehingga menyebabkan kepupusan organisma asal.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.

Posted in: Daripada Editor

MATI HIDUP SEMULA

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Apabila permainan tercekik (cabaran pass-out) viral dimedia sosial, ada generasi muda yang terpengaruh untukmencubanya. Dalam hal ini, pelbagai pihak memberikanpelbagai komen. Banyak netizen yang mengecam permainan ini,begitu juga pakar kesihatan. Malah, Kementerian Pendidikan Malaysiaturut mengharamkannya. Hal ini disebabkan oleh bahaya yang berlakukesan daripada permainan ini.

Permainan ini menyebabkan pemain yang ditekan dadanya mati (pengsan) dalam tempoh lima saat sebelum hidup (sedar) semula. Oleh sebab permainan ini tidak menyebabkan kesakitan kepada pemainnya, banyak yang terpengaruh untuk mencubanya, iaitu merasai kematian dan hidup semula.

Ketika pemain asyik bermain permainan ini, mungkin tidak terlintas kesan permainan ini dalam fikiran masing-masing. Hal ini disebabkan oleh permainan ini sangat ringkas dan mudah, iaitu hanya melibatkan tekanan pada bahagian dada dan pemain pengsan, seterusnya sedar semula. Oleh sebab itu, secara langsungnya, tidak kelihatan apa-apa mudarat yang boleh berlaku berbanding dengan permainan yang lain yang boleh mencederakan fizikal luaran pemain, seperti luka dan patah.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Daripada Editor

AWASI KELANGSUNGAN SEL KANSER

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kanser ialah penyakit yang sangat ditakuti. Begitu banyak orang yang menghidap kanser, mati. Kematian mereka berlaku, sama ada ketika sedang menjalani rawatan atau tanpa sempat menjalani rawatan. Jika sempat menjalani rawatan, keadaan mereka seperti orang yang hampir mati, dengan rambut yang gugur, badan yang kurus kering, selera makan yang hilang dan keupayaan fizikal yang lemah.
Hal yang paling kritikal dalam bidang rawatan kanser ialah pengesanan kanser. Hanya setelah kanser dikesan, barulah rawatan kanser dapat dilakukan. Apabila pengesanan kanser hanya dilakukan pada saat akhir, keberkesanan rawatan akan berkurang. Malah, yang lebih malang lagi apabila kanser dikesan apabila pesakitnya tidak mampu lagi bertahan untuk menerima rawatan, iaitu hanya menghitung detik untuk dipanggil menemui penciptanya.
Bagi mengatasi atau mengurangkan kejadian kanser ini, banyak pihak yang mengemukakan pelbagai cadangan, sama ada berdasarkan kajian atau idea semata-mata. Daripada semua cadangan ini, ada satu cadangan yang menarik untuk dikongsikan. Cadangan ini adalah dengan menganggap diri pengguna sedang menghidap kanser. Walaupun cadangan ini agak kurang munasabah, dari sudut lain, ada kebaikannya yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang itu tidak akan berhati-hati dari segi penjagaan diri, melainkan telah disahkan menghidap sesuatu penyakit.
Cadangan ini juga ada kebenarannya kerana sel yang tidak normal ini memang ada pada setiap orang. Yang membezakannya hanyalah jenis dan tahapnya. Ada orang yang berupaya memusnahkannya sebelum sel ini sempat membahagi dan menjadi banyak, seterusnya berpindah ke organ lain, seperti peparu, usus dan otak. Oleh sebab itu, perlu diingat bahawa hanya masa yang menentukan sama ada sel yang tidak normal yang ada pada diri kita akan bertukar menjadi kanser atau tidak.
Menerusi tanggapan ini, pengguna akan berwaspada dari segi pengambilan makanannya dan menjaga kesihatan dirinya sebaik-baik mungkin. Secara tidak langsung juga, pengguna akan membudayakan pengambilan tumbuhan yang dikatakan mujarab untuk merawat kanser dan menjadikannya sebagai ulam. Mungkin, perkara inilah yang menjadi sebab bagi orang dahulu kekal sihat tanpa ada banyak penyakit yang menghantui mereka.
__

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2018.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor

Pencarian Tenaga Tidak Berakhir

Pencarian Tenaga Tidak Berakhir
Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Perbincangan tentang kelangsungan dunia masa hadapan banyak difokuskan pada aspek janaan tenaga. Hal ini dikatakan demikian kerana dunia yang serba canggih dan maju akan berakhir apabila bekalan tenaga dihabiskan. Pada waktu itu, bangunan bergelap, kenderaan tidak dapat bergerak, sistem komputer tergendala, mesin dan alat komunikasi gagal beroperasi, serta perhubungan terputus. Sebagai kesannya, tiada lagi konsep automatik. Semuanya perlu dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia sendiri.
Manusia juga akan kembali kepada kehidupan zaman dahulu yang menggunakan konsep mekanikal dalam kelangsungan kehidupan. Basikal dan beca digunakan sebagai medium untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, manakala alat berasaskan batu dan logam digunakan semula untuk meneruskan kehidupan. Secara asasnya, ada dua kaedah yang membolehkan bekalan tenaga berterusan pada masa akan datang. Yang pertamanya, menjimatkan tenaga sedia ada. Dalam hal ini, penciptaan pelbagai alat yang mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga dicipta. Pengguna pula diminta untuk mengubah gaya hidup, seperti mengurangkan penggunaan tenaga jika tidak digunakan.
Yang keduanya, mencari sumber tenaga baharu. Kaedah ini banyak difokuskan oleh penyelidik kerana tenaga yang dijimatkan tetap akan habis suatu hari nanti. Oleh sebab itu, perlu ada tenaga baharu bagi menggantikan tenaga ini. Setelah tenaga baharu ini habis, tenaga baharu yang lain dicari lagi. Begitulah kitar pencarian tenaga baharu. Usaha ini sekali-kali tidak pernah berhenti. Satu daripada tenaga baharu yang ditemukan ialah tenaga nuklear. Tenaga nuklear yang menggunakan bahan api uranium tidak dinafikan sumbangannya dan diakui sebagai sumber tenaga yang bersih, selamat dan mampu menghasilkan kuantiti tenaga yang banyak berbanding dengan sumber tenaga lain. Walau bagaimanapun, bekalan uranium hanya mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun.

__

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2017.

Posted in: Daripada Editor

TERDESAK UNTUK LANGSING

Lemak ialah suatu keperluan, tetapi pada kadaryang sepatutnya. Keperluan ini berbeza-beza dan bergantungpada faktor tertentu. Bagi orang yang hidup di tempat yang iklimnyarendah, lemak diperlukan sebagai penebat. Penebat ini menghalangpembebasan haba dan melindungi badan daripada kesejukan.Secara umumnya, kanak-kanak perempuan mempunyaikandungan lemak yang sama dengan kanak-kanak lelaki. Hal iniberlarutan sehingga kanak-kanak itu berusia enam tahun. Setelahberumur lapan tahun, sel lemak yang dimiliki oleh kanak-kanakperempuan berkembang dan membesar. Jumlah sel lemak pulamasih kekal sama.Setelah baligh, kadar lemak wanita meningkat dua kali kadarlemak lelaki. Lemak yang makin bertambah ini tertumpu pada bawahbadan, paha, pinggul dan punggung. Peningkatan kadar lemak inibukan berlaku tanpa tujuan, sebaliknya dijadikan sebagai simpanansebelum digunakan oleh wanita apabila menyusukan anak.Cantik dan langsing pula ialah keinginan bagi setiap wanita.Hal ini dikatakan demikian kerana dua perkara ini asas utama yangdapat meningkatkan daya tarikan wanita. Hal ini bermula daripadakanak-kanak, remaja, sehingga dewasa. Malah, apabila bergelarwarga emas, masih ada wanita yang mahu kekal kelihatan cantik danlangsing sehingga akhir hayatnya.Apabila kaedah diet cacing pita diperkenalkan, terbukti bahawabentuk badan yang langsing tetap dijadikan sebagai indeks prestasiutama yang perlu dicapai. Dalam hal ini, kebijaksanaan manusiauntuk memanfaatkan hubungan antara perumah dengan parasitsebagai kaedah diet, sangat terserlah.Secara teorinya, kaedah ini sangat berkesan. Namun begitu,kesan negatif pengambilan cacing pita juga sangat berkesan, iaitusangat memudaratkan. Cacing pita yang hidup di dalam usussentiasa berkembang biak. Pertambahan populasi cacing pitamemerlukan pertambahan bekalan makanan untuknya. Padatahap tertentu, apabila manusia tidak mampu lagi makan denganbanyaknya, cacing pita ini mengganggu tubuh manusia.Oleh sebab itu, yang penting ialah tahap kesihatan yang baik,bukannya kelangsingan badan. Ada banyak orang yang langsing,tetapi tidak sihat. Begitu juga, ada orang yang tidak langsing, tetapisihat. Dengan tahap kesihatan yang baik, segala aktiviti dapatdilakukan dengan sempurnanya.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Oktober 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor

PENERBITAN BERCETAK KEKAL RELEVAN

Teknologi ialah kaedah yang dapat membantu atau memudahkansesuatu perkara. Dalam dunia pembacaan, teknologi diperlukanuntuk membantu memudahkan pembacaan, bukan sebaliknya. Jikateknologi yang ada menyebabkan ketidakselesaan dan kemudaratan,apatah lagi kerosakan organ tertentu, seperti mata, teknologi inibukanlah suatu yang baik.
Secara hakikatnya, tiada teknologi yang benar-benar sempurna.Semua teknologi perlu terus berevolusi berdasarkan keperluanmanusia sehinggalah teknologi yang lebih baik dan hampir sempurnadiperoleh. Walau bagaimanapun, apabila keperluan manusia turutberubah seiring dengan masa, teknologi yang pernah mencapai tahaphampir sempurna ini menjadi tidak relevan dan perlu berevolusi sekalilagi.
Ketika membaca, asas yang paling penting ialah alatnya, iaitumata. Dengan alat ini pula, tujuan pembacaan, sama ada untukmengetahui, memahami, menganalisis dan menghafal maklumat,perlu dicapai. Asas bagi penciptaan teknologi pembacaan yangbaik ialah sesuatu yang memudahkan alat (mata) untuk mencapaitujuan pembacaan. Jika satu dari aspek ini gagal dipenuhi, gagallahteknologi itu.
Dalam hal ini, banyak penyelidik daripada pelbagai bidang, sepertipsikologi, sains optikal, pendidikan, pengajian media dan kejuruteraankomputer mengkaji aktiviti pembacaan yang menggunakan paparandigital dan kertas bercetak. Antara aspek yang dikaji termasuklahkeselesaan optikal, keperluan kognitif dan tabiat metakognitif.
Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa kadar ketahananpembacaan sangat menurun bagi bahan bacaan digital berbandingdengan bahan bacaan bercetak. Malah, tiada jaminan yang benarbenarpasti tentang perkara ini walaupun medium pembacaan digitalditambah baik. Hal ini dikaitkan dengan fenomena kekeringan matayang berlaku disebabkan oleh pembacaan secara digital denganmenggunakan komputer.
Menerusi kajian ini lagi, didapati bahawa pembacaan digitallebih memfokuskan proses mengingati tanpa memahami, iaitu untuksimpanan memori jangka pendek. Pembacaan digital juga kurangmembantu penyimpanan maklumat untuk jangka panjang. Hal inimenyebabkan proses untuk memahami sesuatu perkara denganmenggunakan maklumat yang dibaca pada masa ini menjadi sukarpada masa hadapan. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa penerbitanbercetak masih diperlukan walaupun penerbitan digital mencapai suatu tahap yang tinggi dari segi teknologi.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor

MARIKH: DESTINASI BERIKUTNYA?

Berdasarkan satu anggaran konservatif, ekspedisi
manusia pertama ke Marikh dijangka berlaku menjelang
pertengahan era 2030-an. Berdasarkan teknologi terkini, perjalanan
ke planet Marikh memerlukan tempoh antara lima bulan hingga enam
bulan. Berdasarkan anggaran NASA pula, misi pergi-balik ke Marikh
memerlukan tempoh, 30 bulan.
Jika andaian ini benar-benar berlaku, dalam tempoh 13 tahun lagi,
manusia berjaya menjejakkan kaki di Marikh. Dalam hal ini, apabila
kehidupan manusia di Marikh stabil dan dibuktikan sebagai suatu
yang menyelesakan, manusia boleh meninggalkan Bumi beramairamai
untuk berhijrah ke planet yang berjiran dengan Bumi ini.
Dengan beberapa isu yang makin serius, seperti bekalan air
mentah yang kian berkurang, sumber tenaga yang hampir habis dan
pencemaran yang makin meruncing, ekspedisi ke Marikh ini seolaholah
perlu direalisasikan. Manusia juga ditakutkan dengan pelbagai
isu supaya berpindah ke planet ini.
Marikh dipilih oleh pihak tertentu sebagai destinasi yang
berikutnya selepas Bulan kerana dikatakan mempunyai jumlah
simpanan air yang tinggi. Air ialah kunci bagi kelangsungan setiap
hidupan kerana hampir semua hidupan memerlukan air untuk hidup.
Sesungguhnya, berpindah ke tempat yang ada air lebih mudah
berbanding dengan berpindah ke tempat yang airnya perlu dihasilkan
sendiri oleh kelengkapan moden. Dari satu aspek yang lain, jika
manusia mampu menjana air, penghijrahan manusia tidak sepatutnya
berlaku.
Tuhan menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di Bumi,
bukannya planet lain. Sebagai persediaan untuk manusia menjadi
khalifah, Bumi dan segala isi Bumi dicipta untuk memenuhi keperluan
manusia. Dengan sifat Maha Adil Tuhan, keperluan manusia
di Bumi, sangat cukup. Isu atau masalah yang menyebabkan
manusia dikatakan perlu berhijrah ke planet lain hanyalah suatu
kesilapan dalam pengurusan Bumi. Oleh sebab itu, manusia perlu
memfokuskan untuk membetulkan kesilapan ini dengan kembali
kepada panduan yang diberikan oleh Tuhan.
Walau bagaimanapun, ekspedisi ke Marikh bukanlah suatu
yang sia-sia. Ekspedisi ini masih boleh diteruskan. Hal ini dikatakan
demikian kerana menerusi ekspedisi ini, manusia mampu
mendekatkan diri kepada Penciptanya. Dalam tempoh perjalanan
ke Marikh, pasti ada banyak bukti atau tanda kebesaran Tuhan
yang dapat dilihat. Bukti dan tanda ini, apabila difikirkan, terserlahlah
kelemahan manusia, seterusnya menyebabkan manusia makin patuh
dan tunduk kepada segala suruhan dan larangan Tuhan.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor