Pembekal Terbesar Oksigen Atmosfera

Oleh AMLIR AYAT

SETIAP kali mandi-manda atau bersnorkel di laut, anda sebenarnya dikelilingi jutaan makhluk mikroorganisma pelbagai rupa dan bentuk, cantik dan menyeramkan, berpotensi mengilhamkan wajah watak dalam sebuah filem fiksyen sains.
Makhluk ini amat seni untuk dilihat oleh mata kasar. Dalam setiap titis air lautan di paras 100 meter teratas lautan, ribuan spesies makhluk yang pelbagai rupa dan bentuk ini berenang dan bermain.
Namun begitu, spesies ini sumber tenaga kepada hampir semua spesies marin sama ada secara langsung atau tidak. Tanpanya, tiadalah udang atau ikan untuk dinikmati manusia di restoran makanan laut.
Yang menariknya, makhluk mikroorganisma ini antara tunjang kelangsungan bumi termasuklah kestabilan iklimnya. Hidup mati makhluk ini menentukan kelestarian bumi dan segala isinya, termasuklah manusia. Tanpa makhluk seni ini, haru-birulah iklim sejagat.

SETIAP kali mandi-manda atau bersnorkel di laut, anda sebenarnya dikelilingi jutaan makhluk mikroorganisma pelbagai rupa dan bentuk, cantik dan menyeramkan, berpotensi mengilhamkan wajah watak dalam sebuah filem fiksyen sains.Makhluk ini amat seni untuk dilihat oleh mata kasar. Dalam setiap titis air lautan di paras 100 meter teratas lautan, ribuan spesies makhluk yang pelbagai rupa dan bentuk ini berenang dan bermain.Namun begitu, spesies ini sumber tenaga kepada hampir semua spesies marin sama ada secara langsung atau tidak. Tanpanya, tiadalah udang atau ikan untuk dinikmati manusia di restoran makanan laut.Yang menariknya, makhluk mikroorganisma ini antara tunjang kelangsungan bumi termasuklah kestabilan iklimnya. Hidup mati makhluk ini menentukan kelestarian bumi dan segala isinya, termasuklah manusia. Tanpa makhluk seni ini, haru-birulah iklim sejagat.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2012.

Posted in: Biologi Marin