Kesihatan Mulut Pengguna Pendakap Gigi

Oleh: Yang Rafidah Hassan@Md. Hassan, Muhd. Firdaus Che Musa dan Syarifah Haizan Sayed Kamar

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh negara Barat, senyuman dan gigi adalah antara objek pertama yang dilihat pada muka seseorang. Senyuman yang menawan bukan hanya bermodalkan wajah yang tampan atau cantik, tetapi memiliki barisan gigi yang tersusun rapi dan bersih.

Gigi yang tidak tersusun rapi atau tidak teratur dapat diluruskan menerusi rawatan pendakap gigi di klinik pakar, sama ada kerajaan atau swasta. Gigi kekal ini perlu dijaga rapi berdasarkan norma dan penjagaan yang disyorkan oleh pakar, sama ada pergigian yang berpengetahuan dan berpengalaman supaya kekal lama dan berfungsi dengan baiknya.

Rawatan pendakap gigi ialah sejenis rawatan ortodontik (orto + dontik = meluruskan gigi) untuk membetulkan masalah gigi bertindih, berlapis, terpusing, terkeluar dan mencucuk bibir atau jongang, agar mendapat susunan gigi yang lebih teratur dan mudah dijaga.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Sains Pergigian

Gigi Putih Bukan Mustahil

Oleh: Sa’adiah Shahabudin

Masalah warna gigi sering dihadapi oleh wanita yang secara semula jadinya lebih mementingkan kecantikan. Warna gigi dipengaruhi oleh faktor dalaman (intrinsik) atau faktor luaran (ekstrinsik). Faktor intrinsik ialah perubahan warna pada gigi secara semula jadi.

Ada orang yang dilahirkan dengan warna gigi yang kuning, perang atau kekelabuan, bertompok-tompok dan berkombinasi warna. Warna sebegini terbentuk disebabkan oleh komposisi gigi yang berpunca daripada pengambilan ubat tertentu pada peringkat janin, atau kekurangan zat makanan, faktor genetik atau gangguan ketika pembentukan struktur gigi.

Antara gangguan yang berlaku pada pembentukan lapisan dentin dan enamel gigi termasuklah dentin displasia dan ameloginesis imperfekta. Pengambilan ubat, seperti tetrasiklin dan ciproflokasin, ketika mengandung boleh menyebabkan gigi bayi berwarna perang kelabu. Fluorida yang berlebihan di dalam air minuman menyebabkan fluorosis, iaitu warna gigi tidak sekata. Faktor penuaan juga menyebabkan warna gigi menjadi lebih kekuningan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Sains Pergigian

Alahan NIKEL

Oleh: Anis Farhan Kamaruddin

Alahan ialah tindak balas kehipersensitifan sistem imun badan terhadap benda asing yang menyentuh mana-mana bahagian luar badan atau yang memasuki badan. Benda asing yang mencetuskan tindak balas alahan dikenali sebagai alergen. Alergen boleh didapati di dalam makanan, minuman atau dari sekitaran.

Makanan dan minuman yang berpotensi untuk menjadi alergen ialah makanan laut, kekacang, telur, soya, daging, telur, bijirin, susu dan protein haiwan. Antara alergen yang berasal dari sekitaran pula termasuklah kutu, habuk, spora kulat, debunga, binatang peliharaan, sengatan serangga, ubat, getah, barang kemas dan aksesori hiasan yang mengandungi sejenis logam yang dikenali sebagai nikel.

Nikel digunakan dalam hampir semua produk dalam kehidupan harian. Sebagai contohnya, peralatan memasak, telefon bimbit, peralatan perubatan, kenderaan, bangunan dan aksesori perhiasan. Nikel sering dipilih sebagai satu daripada komposisi suatu peralatan kerana sifatnya yang tahan hakisan, lebih kuat dan tahan suhu melampau, serta mempunyai sifat magnetik dan elektronik tertentu yang menjadikannya istimewa berbanding dengan logam lain.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik April 2018

Posted in: Sains Pergigian