RUMPUT PERAM TINGKATKAN INDUSTRI TERNAKAN

Oleh: Ghazali Hussin

Ternakan ruminan, seperti lembu, kambing dan bebiri, dapat memakan rumput yang diperam. Istilah rumput peram merujuk sejenis makanan ternakan yang diproses yang biasanya dikenali sebagai silaj. Makanan ini sangat popular di negara Barat yang ada empat musim.

Silaj disediakan pada musim panas ketika tanaman hidup subur dan digunakan pada musim sejuk. Pada musim sejuk, tiada tumbuhan, termasuklah rumput, yang dapat diragut oleh ternakan. Oleh hal yang demikian, pada musim sejuk, biasanya ternakan hanya berada di kandang dan diberikan silaj sebagai makanan.

Silaj sejenis makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan foder segar, seperti rumput dan batang jagung, yang disimpan di dalam bekas kedap udara dan mengalami proses fermentasi untuk memelihara kualitinya. Bahan foder segar ini tidak dapat disimpan dalam tempoh yang lama dalam keadaan biasa. Secara biasanya, bahan ini mengalami proses pereputan, seterusnya tidak dapat digunakan sebagai makanan ternakan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.