PERIUK KERA TUMBUHAN KARNIVOR

Oleh: Sulidzah Rainin

Alam tumbuhan alam yang penuh misteri. Ada pelbagai tumbuhan yang pelik dan unik di alam ini. Tumbuhan karnivor antara tumbuhan yang dianggap sebagai misteri dan unik. Hutan hujan tropika satu daripada habitat semula jadi yang menjadi tempat kediaman bagi tumbuhan misteri ini.

Kepelbagaian flora dan fauna menjadikan hutan hujan tropika kaya dengan jumlah spesies tumbuhan dan haiwan. Di hutan hujan tropika, ada sejenis tumbuhan karnivor atau tumbuhan pemakan haiwan yang dikenali sebagai periuk kera. Secara umumnya, tumbuhan dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya yang menyerupai benda tertentu. Walau bagaimanapun, faktor lain juga mempengaruhi nama yang diberikan kepada tumbuhan.

Pokok periuk kera mendapat namanya berdasarkan bentuknya yang seakan-akan periuk yang mempunyai penutup. Di seluruh dunia, ada 700 spesies tumbuhan karnivor yang direkodkan. Spesies yang terbesar dalam kumpulan tumbuhan karnivor ialah spesies periuk kera atau Nepenthes spp.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik September 2018.

Posted in: Flora

RUDRAKSHA BERSIFAT PARAMAGNETIK

Oleh: Chua Hun Pin

Pokok rudraksha daripada genus Elaeocarpusialah spesies pokok berkayu keras daripadakeluarga Tiliaceae. Kini, dianggarkan lebih kurang360 spesies Elaeocarpus tumbuh di kawasan tropikadan subtropika, termasuklah Nepal, Indonesia, India,Malaysia, China Selatan, Myanmar, Thailand, Australiadan Kepulauan Pasifik. Habitat pokok ini agak meluas,merangkumi dataran rendah sehingga tanah tinggi yangketinggiannya 2000 meter dari aras laut.

Pokok rudraksha bercirikan pohon berbatang tegak dengan ketinggian antara 10 m – 30 m. Daunnya berwarna hijau segar ketika muda. Secara bertahap, daun ini berubah menjadi merah seluruhnya sebelum gugur. Pokok rudraksha yang matang mengeluarkan bunga putih yang berbentuk loceng. Buah rudraksha berbentuk bulat dengan diameter antara 1.5 cm – 2.5 cm. Nama Elaeocarpus bermaksud buah berminyak berdasarkan bentuknya yang mirip buah zaitun.

Secara tradisionalnya, manik rudraksha dirangkaikan untuk membentuk kalung atau gelang sebagai mala atau tasbih bagi tujuan meditasi. Manik rudraksha juga digunakan dalam pembuatan aksesori fesyen dan hiasan diri, seperti anting-anting dan loket.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Flora