Humanoid

Oleh MUZAF AHMAD
i
“KAU harus fikirkan masa depan dunia Zed. Maslahat umat.”
“Kerana itu aku tetap dengan keputusanku.”
“Kau tak boleh menyamakan mungkar dengan yang makruf! Kau terlalu fanatik dengan dunia robotik kau, Zed!”  Lutfi bertegas.
Zed Qusyairi. Dia tidak sesekali akan menghentikan projek pembuatan robot manusia itu yang dinamakan “Humanoid”. Industri robotik itu sudah menampakkan gelombang keuntungan, keuntungan buat dirinya barangkali.
Malah, projek mega itu mendapat sokongan penuh negara Tirani yang diterajui kerajaan kejam itu, di samping permintaan hebat daripada beberapa industri lain.
Manusiawi semakin mati.
Robot  Humanoid, ciptaan terhebat menjelang abad ke-25. Tiada yang lebih hebat. Tiada yang lebih menarik perhatian. Teknologi elektronik dan nanoteknologi bertambah pesat. Seiring itu, cip pelbagai guna umpama memori otak manusia dicipta dan dihasilkan dalam skala besar. Kilang pembuatan robot Humanoid menjalankan operasi seperti selalu. Mesin automatik dan jentera besar beroperasi tanpa henti.

i“KAU harus fikirkan masa depan dunia Zed. Maslahat umat.”“Kerana itu aku tetap dengan keputusanku.”“Kau tak boleh menyamakan mungkar dengan yang makruf! Kau terlalu fanatik dengan dunia robotik kau, Zed!”  Lutfi bertegas.Zed Qusyairi. Dia tidak sesekali akan menghentikan projek pembuatan robot manusia itu yang dinamakan “Humanoid”. Industri robotik itu sudah menampakkan gelombang keuntungan, keuntungan buat dirinya barangkali. Malah, projek mega itu mendapat sokongan penuh negara Tirani yang diterajui kerajaan kejam itu, di samping permintaan hebat daripada beberapa industri lain.Manusiawi semakin mati.Robot  Humanoid, ciptaan terhebat menjelang abad ke-25. Tiada yang lebih hebat. Tiada yang lebih menarik perhatian. Teknologi elektronik dan nanoteknologi bertambah pesat. Seiring itu, cip pelbagai guna umpama memori otak manusia dicipta dan dihasilkan dalam skala besar. Kilang pembuatan robot Humanoid menjalankan operasi seperti selalu. Mesin automatik dan jentera besar beroperasi tanpa henti.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Cerpen

Bukan Ketumbuhan Biasa

Oleh SURIA JANIB

DIA membelek-belek benjol yang sebesar ibu jari yang tumbuh menepek di atas kaki kirinya. Ada masanya benjol itu terasa berdenyut-denyut jika tersentuh atau tergesel secara tidak sengaja.
Paling menyakitkan apabila dia datang bulan. Dia mencongak-congak sama ada benjol itu ada kaitan dengan ketidakstabilan hormon atau sebaliknya. Dia mula menyedari, setiap kali dia mengambil ubat hormon penggalak kesuburan, denyutan pada benjol itu semakin menjadi-jadi. Dia betul-betul risau dan tertekan. Fikirannya bercelaru, tambahan pula dia baru dilanda kesedihan kerana pemergian ayahandanya yang dikasihi buat selama-lamanya, ditambah pula beban kerjanya yang datang berganda-ganda.
Dia cuma membiarkan benjol tersebut membesar. “Mungkin benjol biasa, nanti baiklah sendiri,” desisnya cuba memujuk diri.
Hari demi hari, dia semakin gelisah dan dihimpit stres yang mencengkam. Akhirnya, dia dan suaminya mengambil keputusan, berjumpa dengan doktor sebagai jalan penyelesaiannya.
“Puan disahkan menghidap dermatofibroma, iaitu berkaitan dengan ketumbuhan lapisan kulit yang sangat perlahan,” jelas doktor yang merawatnya.
Bagi Haniza Lockman, editor sebuah agensi kerajaan yang terkemuka, saat dia diberitahu oleh doktor bahawa penyakit tersebut tidak membahayakan, di hatinya tetap berdebar-debar.

DIA membelek-belek benjol yang sebesar ibu jari yang tumbuh menepek di atas kaki kirinya. Ada masanya benjol itu terasa berdenyut-denyut jika tersentuh atau tergesel secara tidak sengaja. Paling menyakitkan apabila dia datang bulan. Dia mencongak-congak sama ada benjol itu ada kaitan dengan ketidakstabilan hormon atau sebaliknya. Dia mula menyedari, setiap kali dia mengambil ubat hormon penggalak kesuburan, denyutan pada benjol itu semakin menjadi-jadi. Dia betul-betul risau dan tertekan. Fikirannya bercelaru, tambahan pula dia baru dilanda kesedihan kerana pemergian ayahandanya yang dikasihi buat selama-lamanya, ditambah pula beban kerjanya yang datang berganda-ganda. Dia cuma membiarkan benjol tersebut membesar. “Mungkin benjol biasa, nanti baiklah sendiri,” desisnya cuba memujuk diri.Hari demi hari, dia semakin gelisah dan dihimpit stres yang mencengkam. Akhirnya, dia dan suaminya mengambil keputusan, berjumpa dengan doktor sebagai jalan penyelesaiannya.“Puan disahkan menghidap dermatofibroma, iaitu berkaitan dengan ketumbuhan lapisan kulit yang sangat perlahan,” jelas doktor yang merawatnya. Bagi Haniza Lockman, editor sebuah agensi kerajaan yang terkemuka, saat dia diberitahu oleh doktor bahawa penyakit tersebut tidak membahayakan, di hatinya tetap berdebar-debar.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Selagi Berdaya

Pembenihan Ikan Tilapia

Oleh AHMAD FUAD AHMAD
SEHINGGA kini penternak kurang melaksanakan pengeluaran benih ikan tilapia sendiri. Ada penternak yang menghadapi kesukaran untuk menghasilkan benih bermutu kerana melibatkan kos yang tinggi. Jika mereka berjaya melaksanakannya sendiri, dapat menjimatkan kos pengeluaran, menjamin bekalan berkualiti, serta merancang pengeluaran ikan ternakan sehingga dapat meningkatkan keuntungan projek.
Terdapat keistimewaan dalam pengeluaran benih ikan tilapia sendiri berbanding dengan pengeluaran benih spesies ikan yang lain. Penternak mempunyai alternatif  untuk memilih kaedah pengeluaran benih yang lebih praktikal dan bersesuaian dengan hasil pengeluaran, kemampuan kewangan, keperluan tenaga kerja dan kemudahan yang sedia ada.
Pada masa ini terdapat beberapa kaedah pengeluaran benih ikan tilapia yang diamalkan secara semi intensif yang mudah hingga teknik intensif secara bioteknologi terkini.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Dalam Telur Ayam Ada Bakteria

Oleh ROCHMAN NAIM

BAKTERIA Salmonella yang sering dilaporkan di seluruh dunia ialah Salmonella serotype Enteritidis (SE). Pada tahun 1980-an, SE muncul sebagai penyebab penting penyakit manusia yang menular di Amerika Syarikat (AS). Bilangan wabak SE meningkat secara mendadak pada masa itu, bermula di negeri Timur Laut dan kemudian tersebar di Barat pada tahun 1990-an. Penyakit SE kini menyerang di kebanyakan rantau negara Asia.
Sejak awal tahun 2000, daging ayam didapati  menjadi  sumber  makanan yang sering dijangkiti SE. Sehingga kini, pelbagai  sumber makanan yang  lain  masih belum dikenal pasti sebagai sumber jangkitan SE, termasuklah susu mentah, daging babi, daging lembu, tunas dan badam mentah. Perjalanan antarabangsa dan hubungan dengan reptilia juga dikaitkan dengan jangkitan SE.
Seseorang yang dijangkiti  bakteria Salmonella sering mengalami demam, kejang perut, dan cirit-birit yang bermula dari 12 hingga 72 jam selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Penyakit ini mengambil masa selama empat hingga tujuh hari dan kebanyakan pesakit pulih tanpa rawatan antibiotik. Walau bagaimanapun, cirit-birit semakin teruk sehingga pesakit terpaksa dikejarkan ke hospital.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Mikrobiologi

Peralihan ke Zaman Ekologi

Oleh SHAHARUDIN IDRUS

KESEMPATAN menghadiri seminar yang bertemakan “Peralihan kepada Kelestarian” di Auckland, New Zealand, baru-baru ini membuka pemikiran penulis untuk memahami Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilakukan oleh kerajaan dengan lebih mendalam.
Transformasi tersebut seharusnya tidak tertumpu pada transformasi fizikal semata-mata, malahan lebih jauh lagi, termasuklah transformasi pemikiran, nilai, dan budaya untuk melonjakkan negara menjadi negara berpendapatan tinggi.
Antara isu yang dibincangkan dalam persidangan tersebut termasuklah keadaan masyarakat industri sekarang yang terbentuk sejak ratusan tahun yang lalu, kini berhadapan dengan pelbagai masalah masyarakat, alam sekitar dan ekonomi. Permasalahan lebih menonjol dalam kalangan ketiga-tiga tunjang utama aspek kelestarian, iaitu kelunturan ekologi yang berkaitan dengan kejadian serta isu pemanasan global, perubahan cuaca yang tidak menentu, pencemaran sisa pepejal dan sebagainya.
Sehubungan dengan hal itu, dicadangkan agar model pembangunan ekonomi masyarakat industri kini beralih bentuknya kepada model pembangunan ekonomi zaman ekologi untuk membina ketamadunan bangsa yang lebih tinggi.
Zaman ekologi dicirikan dengan masyarakatnya yang lebih mementingkan penjagaan alam sekitar dan pada masa yang sama memiliki sumber ekonomi yang baik, berterusan, dinamik, serta masyarakatnya menghala ke arah yang lebih lestari.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.
Posted in: Pemikiran Sains

Pembunuh Pelbagai Jenis Kanser

Oleh CHEE BENG JIN

POKOK mahogani atau nama saintifiknya Swietenia macrophylla King termasuk dalam kelas pokok yang bersaiz sederhana dan tinggi. Nama tempatannya, pokok buah tunjuk langit. Pokok ini berasal dari kawasan tropika di Amerika Tengah dan Selatan. Dalam keadaan persekitaran semula jadi di hutan hujan tropika, pokok ini boleh tumbuh mencapai ketinggian 60 meter.
Pokok ini sesuai tumbuh di kawasan tanah pamah sehingga kawasan tanah tinggi (1500 meter). Daun mudanya berwarna hijau muda atau kemerahan dan berubah menjadi hijau tua apabila matang. Pokok mahogani menghasilkan buah berbentuk kapsul yang berkayu dan mempunyai lima kelopak.
Nama popular pokok buah tunjuk langit atau “sky fruit” mungkin daripada pemerhatian masyarakat tempatan pada buahnya yang tumbuh menegak di atas dahan, seakan-akan menunjuk ke arah langit. Pokok ini mula berbuah selepas berumur 15 tahun. Apabila buahnya matang, kelopak kapsul terbuka dan merekah untuk menyebarkan biji di dalamnya. Bijinya pula ringan dan mempunyai unjuran, seperti sayap yang membantu penyebaran jauh dari pohon induk.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Herba

Impak Sisa Pepejal Terhadap Kesihatan

Oleh MOHD. ARMI ABU SAMAH dan MOHD. BAKRI ISHAK

Pada umumnya terdapat pelbagai faktor pencemaran sisa pepejal akibat atau kesan daripada pengurusannya yang tidak sistematik, seperti pencemaran udara. Umpamanya, pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara yang teruk dan kritikal sehingga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap berbahaya (>301).
Nilai IPU sebenarnya dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara, iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil kira sebagai pencemar yang menentukan nilai IPU.
Lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan tahap bacaan IPU. Sementara itu berdasarkan kajian, pembakaran terbuka juga melepaskan gas dioksina yang berbahaya terhadap alam sekitar. Namun demikian, terdapat kesan lain yang timbul, seperti gas dari tapak pelupusan sampah (hasil proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup tanpa gasnya disedut keluar.

Pada umumnya terdapat pelbagai faktor pencemaran sisa pepejal akibat atau kesan daripada pengurusannya yang tidak sistematik, seperti pencemaran udara. Umpamanya, pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara yang teruk dan kritikal sehingga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap berbahaya (>301). Nilai IPU sebenarnya dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara, iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil kira sebagai pencemar yang menentukan nilai IPU.Lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan tahap bacaan IPU. Sementara itu berdasarkan kajian, pembakaran terbuka juga melepaskan gas dioksina yang berbahaya terhadap alam sekitar. Namun demikian, terdapat kesan lain yang timbul, seperti gas dari tapak pelupusan sampah (hasil proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup tanpa gasnya disedut keluar.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Buaya Jenjulung Bermuncung Panjang

Oleh JASMI ABDUL

BUAYA jenjulung atau “Malayan Gharial” (Tomistoma schelegeli) antara dua spesies buaya yang terdapat di negara ini. Spesies lain yang hampir sama dengannya ialah buaya tembaga atau “Estuarine Crocodile” (Crocodylus porosus). Taburan buaya jenjulung bermula dari India, Myanmar, Thailand, Laos, Kampuchea, Vietnam hingga kepulauan Indonesia. Haiwan liar ini digolongkan dalam keluarga Crocodylidae.
Buaya jenjulung mempunyai muncung yang panjang dan tirus, seperti muncung ikan jenjulung atau kadangkala dikenali sebagai ikan todak.
Buaya jenjulung mempunyai tubuh yang lebih kecil jika dibandingkan dengan buaya tembaga. Panjangnya tidak melebihi empat meter. Kulit badannya berwarna coklat dengan tompok berwarna hitam pada keseluruhan badan. Bahagian belakang serta ekor buaya ini berduri, manakala kulit nipis di antara jari kaki memudahkannya berenang.
Buaya jenjulung mendiami kawasan sungai yang airnya masih tidak tercemar oleh bahan toksik, terutamanya di kawasan sekitar hutan dara atau hutan paya gambut. Terdapat rekod menunjukkan bahawa buaya jenjulung pernah ditangkap di Sungai Tengai, Ulu Bernam, Selangor, dan Sungai Sungkai, Perak.

BUAYA jenjulung atau “Malayan Gharial” (Tomistoma schelegeli) antara dua spesies buaya yang terdapat di negara ini. Spesies lain yang hampir sama dengannya ialah buaya tembaga atau “Estuarine Crocodile” (Crocodylus porosus). Taburan buaya jenjulung bermula dari India, Myanmar, Thailand, Laos, Kampuchea, Vietnam hingga kepulauan Indonesia. Haiwan liar ini digolongkan dalam keluarga Crocodylidae. Buaya jenjulung mempunyai muncung yang panjang dan tirus, seperti muncung ikan jenjulung atau kadangkala dikenali sebagai ikan todak. Buaya jenjulung mempunyai tubuh yang lebih kecil jika dibandingkan dengan buaya tembaga. Panjangnya tidak melebihi empat meter. Kulit badannya berwarna coklat dengan tompok berwarna hitam pada keseluruhan badan. Bahagian belakang serta ekor buaya ini berduri, manakala kulit nipis di antara jari kaki memudahkannya berenang. Buaya jenjulung mendiami kawasan sungai yang airnya masih tidak tercemar oleh bahan toksik, terutamanya di kawasan sekitar hutan dara atau hutan paya gambut. Terdapat rekod menunjukkan bahawa buaya jenjulung pernah ditangkap di Sungai Tengai, Ulu Bernam, Selangor, dan Sungai Sungkai, Perak.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Konservasi

Serangan Migrain

Oleh MAZIRA MOHAMAD GHAZALI
MIGRAIN berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitan, kekerapan dan jangka masa serangan. Perkataan “migrain” berasal daripada perkataan Perancis yang bererti sakit kepala sebelah.
Kebiasaannya serangan sakit kepala sebelah menyebabkan sakit di kedua-dua belah. Migrain sejenis sakit kepala yang kronik. Penyakit ini berlaku dalam kalangan kaum wanita daripada lelaki. Wanita lebih banyak terkena migrain berbanding dengan lelaki.
Kadangkala migrain agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau ketegangan otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan gejala migrain.
Migrain juga berlaku bersama-sama penyakit lain, contohnya asma dan depresi. Penyakit yang sangat berat, misalnya tumor atau infeksi, turut menimbulkan gejala yang mirip migrain. Namun demikian, kejadian ini sangat jarang-jarang berlaku.

MIGRAIN berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitan, kekerapan dan jangka masa serangan. Perkataan “migrain” berasal daripada perkataan Perancis yang bererti sakit kepala sebelah. Kebiasaannya serangan sakit kepala sebelah menyebabkan sakit di kedua-dua belah. Migrain sejenis sakit kepala yang kronik. Penyakit ini berlaku dalam kalangan kaum wanita daripada lelaki. Wanita lebih banyak terkena migrain berbanding dengan lelaki. Kadangkala migrain agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau ketegangan otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan gejala migrain. Migrain juga berlaku bersama-sama penyakit lain, contohnya asma dan depresi. Penyakit yang sangat berat, misalnya tumor atau infeksi, turut menimbulkan gejala yang mirip migrain. Namun demikian, kejadian ini sangat jarang-jarang berlaku.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Sains Neuron

Pendermaan Rahim Mungkinkah Terjadi?

Oleh SITI SYAIRAH MOHD MUTALIP
ISU pendermaan organ bukan isu yang baharu, bahkan diterima pakai secara menyeluruh dan dipraktikkan di Malaysia. Pelbagai kempen dan aktiviti dijalankan bagi menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan isu ini kepada orang awam. Masyarakat kini sudah mula digalakkan untuk mendaftarkan diri sebagai penderma organ, iaitu mereka bersetuju organ mereka diambil dan diberikan kepada pesakit lain apabila meninggal dunia kelak.
Lazimnya buah pingganglah yang terlintas dalam fikiran seseorang setiap kali timbul isu pendermaan organ. Namun begitu, ada pihak yang mahu melaksanakan pendermaan yang melibatkan satu lagi organ utama manusia, iaitu uterus atau “rahim” dalam kalangan masyarakat negara ini. Mungkinkah perkara ini terjadi dan bolehkah dilaksanakan?

ISU pendermaan organ bukan isu yang baharu, bahkan diterima pakai secara menyeluruh dan dipraktikkan di Malaysia. Pelbagai kempen dan aktiviti dijalankan bagi menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan isu ini kepada orang awam. Masyarakat kini sudah mula digalakkan untuk mendaftarkan diri sebagai penderma organ, iaitu mereka bersetuju organ mereka diambil dan diberikan kepada pesakit lain apabila meninggal dunia kelak. Lazimnya buah pingganglah yang terlintas dalam fikiran seseorang setiap kali timbul isu pendermaan organ. Namun begitu, ada pihak yang mahu melaksanakan pendermaan yang melibatkan satu lagi organ utama manusia, iaitu uterus atau “rahim” dalam kalangan masyarakat negara ini. Mungkinkah perkara ini terjadi dan bolehkah dilaksanakan?

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Sains Perubatan