Pusat Cucian di Dasar Laut

Oleh Nur Asma Ariffin

Kewujudan pusat mencuci kereta di merata-ratatempat ialah suatu perkara yang diketahui umum. Dipusat ini, ada pekerja yang ditugaskan untuk melakukanaktiviti pembersihan. Namun begitu, tidak banyak orangtahu bahawa ikan juga mempunyai pusat cucian bagimembersihkan dirinya. Sebenarnya, ada sejenis ikan yangdikenali sebagai ikan pencuci atau Bluestreak CleanerWrasse atau Labroides dimidiatus.Saiz ikan ini kecil. Saiz ikan dewasapula antara 8 – 10 cm sahaja. Ikan yangtergolong dalam keluarga Labridae inimempunyai warna yang agak menarikkerana ada jalur biru dan kuning padabahagian tepi badannya.

Biasanya,ikan ini hidup di kawasan perairantropika hingga perairan barat Pasifik danLautan Hindi.Menurut ahli sains, ikan inimembantu membuang parasit danmembersihkan badan ikan lain daripadasel atau tisu mati. Oleh sebab itu,ikan ini dikenali sebagai ikan pencuci.Didapati bahawa ikan pencuci mampumakan lebih daripada seribu ekorparasit dalam tempoh satu hari.Uniknya, walaupun terdedah padapelbagai parasit, ikan ini tidak dijangkitioleh parasit yang ada pada ikan lainIkan pencuci hidup di kawasan perairan tropika hingga perairan barat Pasifik dan Lautan Hindi. atau pelanggannya.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2015

Posted in: Flora dan Fauna

Rumpai Ekor Kucing Bersifat Karnivor

Tumbuhan berbeza daripada haiwan berdasarkan beberapa ciri tertentu. Antara ciri ini termasuklah pergerakan, makanan dan deria. Walau bagaimanapun, secara realitinya, wujud banyak pengecualian terhadap sifat ini.

Satu daripada contoh tumbuhan yang tidak menepati ciri pengelasan tumbuhan secara asasnya ialah rumpai ekor kucing. Tumbuhan ini tidak berakar dan mempunyai perangkap sedutan dengan pintu perangkapnya dapat bergerak lebih pantas berbanding dengan kelipan mata manusia.

Rumpai ekor kucing juga bergantung pada haiwan lain sebagai sumber makanannya. Sistem deria tumbuhan ini amat sensitif dalam mengesan mangsanya.Rumpai ekor kucing tergolong dalam genus Utricularia. Genus ini mempunyai 14 spesies yang hidup di kawasan lembap dengan keadaan air yang sedikit berasid

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2015

Posted in: Botani

Punai Tanah Suka Menyendiri

Oleh Jasmi Abdul

Burung punai tanah atau Chalcophaps indica atau Rimbok atau Emerald Dove tergolong dalam keluarga Columbidea, iaitu sekeluarga dengan burung punai, merbuk atau tekukur. Burung punai tanah dikenali dengan nama ini kerana kelakuannya yang mencari makanan di atas tanah, tidak seperti spesies punai lain yang mencari makanan di atas pokok.Punai tanah mendiami kawasan hutan tanah pamah, ladang getah atau kelapa sawit dan dusun buah. Burung ini dapat dikenali dengan cara terbangnya yang laju, mendatar dan rendah serta melintasi kawasan dusun buah.

Warna bulu kepak punai tanah hijau tua berkilat. Warna bulu pada bahagian bahunya pula coklat kemerah-merahan. Warna ekor punai tanah berwarna kelabu gelap. Ada sedikit bulu berwarna putih pada bahagian atas mata burung ini. Paruh dan kaki punai tanah pula berwarna merah jambu.Burung punai tanah jantan gemar berbunyi untuk memanggil burung punai tanah betina. Bunyi ini nyaring, dalam dan bersahut-sahutan, iaitu “uuuut, uuuut, uuuut, uuuut” berulang-ulang. Apabila berbunyi, bahagian pangkal leher burung punai tanah jantan menggelembung hingga besar. Bunyi ini dapat didengari di kawasan dusun atau hutan, terutamanya pada waktu awal pagi dan lewat petang.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2015

Posted in: Konservasi

Matahari Melintasi Kaabah

Sama ada sedar atau tidak, arah bayang yang disebabkan oleh cahaya matahari berubah pada setiap hari. Perubahan bayang ini dapat diperhatikan dengan mudah. Jika cahaya matahari memasuki rumah, sama ada pada waktu pagi atau petang melalui tingkap atau pintu kaca rumah, duit syiling dua puluh sen diambil dan dilekatkan pada bahagian tengah tingkap kaca dengan gam supaya bayang duit syiling itu terbentuk pada lantai. Kemudian, bayang duit syiling yang terbentuk pada lantai ditandai dengan pensel. Pada hari berikutnya, pada waktu yang sama, bayang duit siling ditandai sekali lagi pada lantai.

Menariknya, bayang ini tidak terbentuk pada tempat yang sama. Hal ini berlaku disebabkan oleh kedudukan Matahari berubah pada setiap hari di laluannya di langit.Matahari bergerak di laluan ini dari barat ke timur berlatarbelakangkan bintang pada kadar hampir satu darjah pada setiap hari dan melengkapkan satu pusingan dalam masa setahun. Dalam tempoh setahun, Matahari berada di hemisfera utara selama enam bulan antara 21 Mac hingga 21 September dan enam bulan di hemisfera selatan antara 21 September hingga 21 Mac pada setiap tahun.Laluan Matahari berbentuk satu bulatan besar yang dikenali sebagai ikliptik. Bulatan ikliptik ini bersilang dengan bulatan Khatulistiwa samawi pada dua titik persilangan. Titik persilangan ini dikenali sebagai titik awal Hamal (ekuinoks musim bunga) dan ekuinoks musim luruh. Satah ikliptik condong terhadap satah Khatulistiwa dengan sudut 23.5º. Sudut ini dikenali sebagai kecondongan ikliptik.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2015

Posted in: Astronomi