SIMPOH AIR UBAT DENGGI

Oleh Chee Beng Jin
Simpoh air menghasilkan bunga di dalam satu jambak yang mengandungi antara lima hingga 12 kuntum bunga. Bunga tumbuhan ini berkembang satu persatu. Kudup bunga simpoh air mempunyai sepal berwarna hijau. Namun begitu, warna ini berubah
Pokok simpoh air atau shrubby dillenia atau shrubby simpoh atau Dillenia suffruticosa merupakan tumbuhan renek malar hijau yang dapat mencapai ketinggian hingga lima meter. Daun pokok ini besar, tumbuh mengarah ke bawah, mempunyai rupa seperti daun kubis, mempunyai tangkai yang panjang dan mempunyai unjuran seperti sayap. menjadi hijau bertompok merah selepas bunganya berkembang. Petal bunga simpoh air pula berwarna kuning. Warna ini sangat menarik. Buah simpoh air berwarna merah jambu apabila matang dan merekah serta kembang seperti bentuk bintang.

Simpoh air menghasilkan bunga di dalam satu jambak yang mengandungi antara lima hingga 12 kuntum bunga. Bunga tumbuhan ini berkembang satupersatu. Kudup bunga simpoh air mempunyai sepal berwarna hijau. Namun begitu, warna ini berubahPokok simpoh air atau shrubby dillenia atau shrubby simpoh atau Dillenia suffruticosa merupakan tumbuhan renek malar hijau yang dapat mencapai ketinggian hingga lima meter. Daun pokok ini besar, tumbuh mengarah ke bawah, mempunyai rupa seperti daun kubis, mempunyai tangkai yang panjang dan mempunyai unjuran seperti sayap. menjadi hijau bertompok merah selepas bunganya berkembang. Petal bunga simpoh air pula berwarna kuning. Warna ini sangat menarik.Buah simpoh air berwarna merah jambu apabila matang dan merekah serta kembang seperti bentuk bintang.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2015

PERABOT DARIPADA POKOK PALMA

Oleh Khairul Masseat dan Abdul Hamid Saleh

Industri perabot makin mendapat perhatian di Malaysia. Permintaan terhadap bahan mentahnya pula makin meningkat. Oleh sebab itu, sumber bahan mentahnya perlu dipelbagaikan bagi menampung bekalan yang diperlukan dalam industri pembuatan perabot. Namun begitu, tiada sesiapa menyangka batang pokok spesies palma dapat dijadikan perabot.

Berdasarkan kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan oleh beberapa pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), perabot daripada spesies palma yang berasaskan kayu padu dan venir berjaya dihasilkan menerusi beberapa kaedah inovasi.

Spesies palma yang digunakan ialah kelapa sawit dan kelapa. Oleh sebab ada lebih kurang 5.08 juta hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2012, dianggarkan sebanyak 13.6 juta tan batang kelapa sawit dapat digunakan bagi pelbagai kegunaan termasuklah pembuatan perabot.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2015

Posted in: Uncategorized

TIDUR SIANG: MANFAAT ATAU MUDARAT?

Oleh Mahaini Muhammad

Qailullah, iaitu tidur seketika pada waktu siang merupakan suatu perkara yang tidak asing bagi penganut agama Islam. Qailullah juga bermaksud tidur sebentar antara pukul 12 tengah hari hingga masuk waktu zuhur. Ada juga pendapat yang menyatakan qailullah dapat dilakukan selepas waktu zuhur. Dalam Islam, qailullah bukan tidur tanpa sebarang makna.

Tidur penting supaya seseorang itu dapat bangun untuk beribadat pada waktu malam atau qiamullail dengan mudah. Apa-apa yang menarik ialah ada dapatan kajian yang menunjukkan kualiti satu minit qailullah sama dengan 45 minit tidur pada malam. Oleh sebab itu, tidur qailullah selama 15 minit cukup membolehkan seseorang Muslim bangun solat malam tanpa rasa mengantuk.

Tidur seketika pada waktu siang juga wujud dalam peradaban lain. Dalam masyarakat Barat, hal ini dikenali sebagai nap. Dalam masyarakat Sepanyol, hal ini popular sebagai siesta. Masyarakat Barat tidur seketika pada awal tengah hari, biasanya selepas makan tengah hari. Di sesetengah negara yang cuacanya panas, amalan tidur seketika pada waktu siang merupakan satu kelaziman.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2015

Posted in: Sains Al-Quran

ALGA PENGGANTI BAHAN API

Oleh Nur Zuliyana Mohd. Shukri dan Hasnun Nita Ismail

Krisis kekurangan sumber bahan api merupakan fenomena yang makin memeningkan pelbagai negara. Tanpa bahan api, semua pembangunan tidak dapat berjalan lancar dan mungkin terpaksa dibatalkan. Sumber bahan api utama yang digunakan pada masa ini ialah sumber yang dihasilkan daripada tinggalan fosil sejak berjuta-juta tahun dahulu.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahan api yang dihasilkan daripada tinggalan fosil tidak lagi mampan kerana sumbernya yang berkurang. Di samping itu, bahan api

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahan api yang dihasilkan daripada tinggalan fosil tidak lagi mampan kerana sumbernya yang berkurang. Di samping itu, bahan api yang dihasilkan daripada tinggalan fosil ini didapati membebaskan sejumlah besar gas karbon dioksida di atmosfera. Hal ini menyebabkan suhu Bumi meningkat.

Oleh sebab itu, banyak kajian yang dilakukan oleh ahli sains supaya sumber bahan api utama ini digantikan dengan sumber lain yang dapat mengurangkan pemanasan suhu Bumi, selain dapat dibaharui bagi mengelakkan kekurangan bahan api pada masa akan datang.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2015

Posted in: Fokus

PANCURAN PERSEIDS 2015

Oleh Kassim Bahali

Pada waktu malam yang gelap, kadangkala satu coretan cahaya yang bergerak dengan sangat laju melintasi langit dan kemudiannya hilang dapat dilihat. Selang beberapa minit kemudian, kejadian ini berulang lagi. Objek yang dilihat ini dikenali sebagai meteor atau dalam masyarakat Melayu dikenali sebagai tahi bintang.

Meteor terbentuk apabila meteoroid memasuki dan bergeser dengan atmosfera Bumi hingga haba terhasil. Hal ini menyebabkan meteoroid terbakar dan cahaya terhasil. Meteoroid ialah jasad sistem suria yang bersaiz kecil seperti pasir atau batu kerikil yang mengorbit Matahari.

Kebanyakan meteoroid yang bersaiz kecil dipercayai berasal daripada komet. Apabila atmosfera Bumi dimasuki, meteoroid terbakar keseluruhannya dan tidak sampai ke permukaan Bumi. Namun begitu, ada meteoroid bersaiz besar yang memasuki atmosfera Bumi terbakar dan sebahagian daripadanya sampai di permukaan Bumi.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2015

Posted in: Astronomi

ALGA ALTERNATIF BAHAN API

Oleh Mohd. Syukri Anwar

Perlumbaan mencari alternatif bahan api ibarat perlumbaan jet terbang di udara. Jet yang terbang dengan sangat pantas ini mencerminkan keterujaan setiap penyelidik untuk dinobatkan sebagai pemenang perlumbaan. Aktiviti memintas dan dipintas merupakan suatu perkara biasa bagi ahli penyelidik. Bagi penyelidik yang dipintas, usaha perlu digandakan supaya tidak terus berada di belakang. Bagi penyelidik yang memintas pula, usaha juga perlu digandakan supaya dapat terus kekal berada di hadapan.

Dahulu, bahan api mungkin tidak sepenting pada zaman ini. Tidak banyak keperluan bahan api pada masa itu. Kini, bahan api diibaratkan sebagai udara yang perlu ada dalam kehidupan harian setiap manusia. Tanpa bahan api, kehidupan manusia sengsara kerana tidak mampu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pertumbuhan ekonomi pula sedikit terencat apabila bahan api berkurang.

Malaysia antara negara pengeluar minyak yang dapat memenuhi keperluan bahan api di negara sendiri. Secara logiknya, Malaysia tiada masalah dari segi sumber bahan api. Namun begitu, dengan keperluan bahan api yang meningkat, sumber bahan api yang lain perlu dicari. Malah, disebabkan oleh bahan api ini bersumberkan tinggalan fosil yang tidak lagi mampan, sumbernya makin berkurang.

Selain itu, bahan api yang digunakan ini turut menghasilkan pencemar yang merosakkan alam sekitar. Gas karbon monoksida yang dibebaskan apabila pembakaran tidak lengkap berlaku dapat menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuklah masalah dari segi sistem pernafasan.

Oleh sebab itu, bagi mengatasi masalah ini, sumber bahan api yang mesra alam dan dapat dibaharui dicari. Pelbagai biodiesel, iaitu bahan api yang dihasilkan daripada tumbuhan cuba dihasilkan menerusi eksperimen di makmal dan pengujian di lapangan.

Satu daripada perkembangan penyelidikan terkini ialah penemuan biodiesel yang dihasilkan daripada alga. Alga yang dapat hidup di kawasan air masin dan air tawar termasuk dalam kumpulan kepelbagaian terbesar di dunia. Walaupun bersaiz kecil, potensi alga sebagai pengganti bahan api besar.

Menerusi kajian yang dilakukan, alga mampu menghasilkan minyak hingga 10 ribu gelen sehektar berbanding dengan kelapa sawit yang hanya menghasilkan 635 gelen minyak sehektar. Dengan perbezaan yang sangat ketara ini, pastilah alga bakal menjadi satu industri yang diimpikan oleh setiap pengeluar minyak, seterusnya membuka satu lembaran baharu dalam penerokaan biodiesel atau pengganti bahan api.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2015

Posted in: Nota Editor