GERHANA BULAN PENUMBRA

KUALA LUMPUR, 23 MAC – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) dengan kerjasama Starfield Instruments Supply menganjurkan program cerapan Gerhana Bulan Penumbra
bertempat di Planetarium Negara.

Gerhana Bulan Penumbra merupakan fenomena gerhana bulan pertama pada tahun 2016. DiameterBulan dilihat lebih kecil daripada diameter purata Bulan. Hal ini dikatakan demikian kerana gerhana berlaku 2.1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi, iaitu kedudukan apogi. Sebanyak 77.5 % daripada Bulan melintasi bayang penumbra Bumi pada fasa maksimum.

Gerhana bermula dengan fasa penumbra pada pukul 5:39 petang, waktu Malaysia. Gerhana maksimum Gerhana Bulan Penumbra pula berlaku pada pukul 7:47 malam dengan Bulan berada pada ketinggian 5.6o dari ufuk timur.

___

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Kosmik keluaran Mei 2016)

Posted in: Lain-lain

GERHANA MAKIN KERAP?

Pada tahun 2015, gerhana berlaku sebanyak empat kali. Kemudian pada tahun 2016, gerhana berlaku sebanyak lima kali dan pada tahun 2017, gerhana berlaku sebanyak empat kali. Fenomena gerhana yang berlaku di seluruh dunia dapat dilihat di Malaysia. Pada tahun 2015, Malaysia hanya mengalami gerhana sekali sahaja, iaitu gerhana Bulan penuh pada 4 April 2015. Kemudian pada tahun 2016, Malaysia mengalami gerhana sebanyak tiga kali. Peristiwa gerhana Matahari separa berlaku pada 9 Mac 2016 dan gerhana Bulan penumbra berlaku pada 23 Mac 2016 dan 16 September 2016.

Pada tahun 2017, Malaysia mengalami gerhana sebanyak dua kali, iaitu gerhana Bulan penumbra pada 11 Februari 2017 dan gerhana separa Bulan pada 7 Ogos 2017. Ada yang menyatakan bahawa gerhana ini kerap berlaku. Maka, bagi menjawab persoalan ini, proses kejadian gerhana
Kemudian pada tahun 2016, gerhana berlaku sebanyak lima kali dan pada tahun 2017, gerhana berlaku sebanyak empat kali. dan kekerapan kejadian gerhana perlu diketahui.

Posted in: Uncategorized