KEPELBAGAIAN PARASIT TIKUS

Parasit ialah organisma yang hidup menumpang dan mengambil nutrien daripada perumahnya. Ada dua kategori utama parasit, iaitu parasit yang berada di dalam tubuh perumah (endoparasit) dan parasit yang berada di luar tubuh perumah (ektoparasit). Antara contoh endoparasit termasuklah cacing pipih, cacing pita dan cacing gelang, seperti Hymenolopis sp., Syphacia obvelata dan Trichuris muris. Hama, seperti Hoplopleura pacifica, Polyplax spinulosa dan Xenopsylla cheopis pula ialah contoh ektoparasit. Parasit bukan sahaja menghinggapi haiwan ternakan, malah turut menjangkiti haiwan liar.

Secara biasanya, ektoparasit menghinggapi perumah di celah pelipat badan, seperti celah telinga, kaki dan mulut. Endoparasit pula dapat menjangkiti perumah menerusi pelbagai cara. Antaranya termasuklah menerusi pemakanan dan interaksi antara perumah. Secara biasanya, parasit ini ditemukan pada bahagian perut dan usus perumah.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

KAEDAH PEMASANGAN PAIP MINYAK DI PLATFORM MINYAK

Minyak petroleum ialah satu daripada unsur yang ada dalamjasad bumi. Bahan ini terhasil daripada fosil haiwan dantumbuhan yang termendap di dasar bumi untuk membentukunsur karbon yang termampat, seterusnya menghasilkan petroleum.
Dalam kehidupan ini, minyak petroleum amat penting dan manusia bergantung padanya. Minyak petroleum mentah berwarna hitam. Setelah diproses, minyak ini dapat menghasilkan pelbagai produk. Antaranya termasuklah minyak petrol, minyak tanah, beg plastik, gas, lilin dan bitumen untuk jalan raya.
Minyak mentah yang diperoleh daripada jasad bumi perlu melalui proses tertentu sebelum dapat menghasilkan produk. Secara biasanya, pusat penapisan yang berada di darat berperanan untuk memproses minyak mentah secara lebih teliti. Di platform minyak pula minyak mentah yang dihasilkan perlu melalui proses
penapisan untuk mengasingkan unsur asing, seperti air dan gas, sahaja. Di Semenanjung Malaysia, Terminal Minyak Mentah Terengganu (TCOT) dan Petronas Penapisan Melaka ialah syarikat yang bertanggungjawab untuk memproses minyak.
Secara amnya, paip ialah medium untuk mengalirkan bendalir. Kaedah ini masih digunakan untuk mengalirkan bendalir, sama ada di platform minyak di laut atau pusat penapisan di darat.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

BUAH NAGA ANTITOKSIK

Secara umumnya, buah naga ialah tanaman baharu yang hanya diterokai oleh sebahagian kecil petani di Malaysia. Jika dibandingkan dengan tanaman komoditi yang lain, seperti kelapa sawit dan getah, kadar penanaman buah naga sangat rendah dan masih belum meluas. Walau bagaimanapun, kini, buah naga menjadi antara buah kegemaran yang makin mendapat perhatian di Malaysia kerana warnanya yang menarik, rasanya yang manis dan kandungan seratnya yang tinggi.
Berdasarkan sejarah, buah naga berasal dari negara Amerika Latin, seperti Chile, Argentina, Peru dan Mexico. Pada permulaannya, buah ini dibawa ke Vietnam hanya sebagai tanaman hiasan. Namun begitu, permintaan yang drastik menyebabkan buah naga ditanam secara besar-besaran. Pada masa ini, selain menjadi pengeksport buah naga, Vietnam antara pengeluar utama buah naga di dunia.
Pokok buah naga dikelaskan sebagai tumbuhan epifit separa yang memanjat dan menjulur untuk mendapatkan sokongan daripada pokok, kayu atau batu dinding. Pokok buah naga tidak sesuai ditanam di atas tanah secara mendatar atau rata kerana menyebabkan pendebungaan dan penuaian lebih sukar.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

BAHAN SAMPINGAN PERTANIAN DALAM PRODUK BAKERI

Serat dietari ialah bahagian tumbuhan yang tahan terhadap penghadaman enzim. Antara bahan ini termasuklah selulosa, polisakarida bukan selulosa, seperti hemiselulosa, bahan pektik, gam dan lignin. Berdasarkan kajian saintifik, disahkan bahawa serat dietari berperanan dalam mengurangkan penyakit kronik, seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan sembelit.

Hal ini meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna tentang peranan kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan serat dietari, seterusnya menjadikan produk bakeri yang kaya dengan serat makin menjadi pilihan pengguna. Dalam industri bakeri, bahan utama dalam penghasilan biskut, roti dan lain-lain produk ialah gandum. Kini, produk bakeri dalam pasaran menggunakan oat dan bran gandum untuk menghasilkan produk bakeri yang kadar serat dietarinya tinggi.

Oleh sebab harga bahan ini mahal, ada satu trend untuk mencari sumber serat dietari baharu yang dapat digunakan dalam industri bakeri. Menerusi sumber serat baharu, pengguna dapat memilih diet yang lebih sihat. Secara tidak langsung, kajian terhadap penggunaan serat sebagai bahan berfungsi dalam produk bakeri makin banyak.

Secara tradisionalnya, produk bakeri diperkaya dengan serat menerusi penambahan bijirin. Namun begitu, penggunaan sumber lain untuk serat dietari mula digunakan, terutamanya daripada buah dan sayur. Hal ini dikatakan demikian kerana penambahan serat dietari daripada sumber baharu ini dapat memperbaik kualiti nutrien, merendahkan kandungan lemak, meningkatkan kandungan serat larut, meningkatkan kapasiti antioksidan dan meningkatkan kebolehtapaian dan pengekalan air.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Julai 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Pertanian

SENJATA BIOLOGI PEMUSNAH SENYAP

Sejak dahulu, manusia suka berebut kawasan atau kepentingan di tempat strategik. Perebutan yang biasanya melibatkan kuasa besar ini menyebabkan pelbagai teknik dan senjata dicipta untuk mengalahkan pihak lawan. Pihak lawan pula tidak berdiam diri apabila turut bersaing menerusi penghasilan senjata yang lebih canggih.
Daripada senjata berasaskan kayu dan besi yang memerlukan pertempuran jarak dekat, sehinggalah penggunaan senjata biologi yang dapat dihantar tanpa kehadiran manusia, semua alat ini sama sahaja kerana menyebabkan kecederaan dan kemudaratan kepada pihak lawan. Yang bezanya ialah jumlah mangsa yang terlibat, keseriusan kecederaan dan keupayaan pihak musuh untuk menyerang balas.
Senjata biologi ialah alat perang yang diimpikan untuk dikuasai. Pihak yang paling maju senjata biologinya dianggap sebagai pihak yang bakal menguasai peperangan, seterusnya menguasai dunia. Apabila pihak yang diserang tidak berupaya mempertahankan diri, bantuan yang berupa penawar perlu diminta daripada pihak yang menyerangnya. Hal ini ialah penyelesaian bagi masalah yang berlaku yang disebabkan oleh senjata biologi.
Dengan senjata biologi, permulaan perang tidak perlu diisytiharkan walaupun hakikatnya perang
telah dicetuskan secara rahsia dan senyap. Dalam hal ini, pihak lawan tidak menyedari atau mengetahui bahawa serangan telah dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana bukan manusia yang dihantar sebaliknya manusia yang menghantar sesuatu untuk menyerang. Lama-kelamaan dan sedikit demi sedikit, jumlah kematian meningkat.
Kematian ini berlaku disebabkan oleh senjata rahsia atau lebih tepat, senjata biologi yang upayanya melampaui senjata perang yang lain. Antara kaedah penghantaran senjata biologi yang digunakan termasuklah penyebaran wabak penyakit, sama ada penyakit baharu atau penyakit lama, penghantaran haiwan ternakan yang dijangkiti penyakit serta jangkitan virus menerusi luka dan udara.
Penghasilan senjata biologi juga lebih mudah dan murah dengan pembangunan makmal ketenteraan yang dilengkapi dengan pakar daripada pelbagai bidang. Dari semasa ke semasa, keupayaan senjata ini dari segi kuasa pemusnah, skop sasaran, tempoh kemudaratan dan jumlah mangsa yang terlibat, ditingkatkan. Secara tidak langsung, senjata biologi ini bakal menjadi pemusnah senyap yang secara fizikalnya, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, tetapi hakikatnya, negara yang diserang, lumpuh dan musnah.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik keluaran Julai 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor