METAMORFOSIS

“Maafkan saya, encik ini siapa?” tanya pembantu makmal.
“Cik, sebenarnya saya ini kawan Dr. Kamal. Saya ingin berjumpa dengannya. Sudah beberapa kali saya mengetuk pintu biliknya dan memanggil dia,” terang Chong.
“Oh, begitu! Encik duduk dahulu di ruang menunggu. Nanti saya panggil encik semula,” kata pembantu makmal.
Chong pergi ke ruang menunggu yang ada di dalam pusat sains itu.
“Dr. Kamal ada di dalam? Saya Faridah, pembantu makmal. Kawan doktor mahu berjumpa,” panggil Faridah sambil terus mengetuk pintu.
Faridah cuba membuka pintu bilik Kamal. Bilik Kamal tidak berkunci. Faridah terlihat Kamal sedang tidur nyenyak seperti tidak sedarkan diri. Faridah menghampiri Kamal dan cuba mengejutkan Kamal daripada tidurnya.
“Maafkan saya. Kawan doktor ingin berjumpa,” kata Faridah.
“Siapa? Kawan yang mana?” tanya Kamal yang baru bangun daripada tidurnya.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Cerpen

KHAZANAH DIGITAL KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Data ialah khazanah baharu yang pesat diterokai di seratadunia, sama ada di laman sosial atau menerusi penggunaanpelbagai aplikasi. Data yang berkait dengan aplikasi dilombongbagi menerbitkan maklumat yang ditambah nilai, seperti tabiatpembelian dan kecenderungan terhadap barang tertentu. Dataini dianalisis oleh pelbagai algoritma sains maklumat.
Hasil analisis ini pula berupaya menjana pendapatan kewangan. Sebagai contohnya, pemasaran khusus sasaran, iaitu iklan yang ditujukan kepada pengguna berasaskan maklumat tabiat pembelian. Maklumat yang diperoleh daripada analisis data ini juga menjadi komoditi yang dapat dijual beli oleh syarikat bagi tujuan pemasaran dan pembangunan produk. Bidang biologi dan sains kesihatan juga tidak ketinggalan dengan perkembangan perlombongan data yang menggunakan sains maklumat ini.
Data biologi wujud dalam pelbagai bentuk. Antara jenis data biologi yang paling lazim dan banyak termasuklah maklumat jujukan atau turutan molekul DNA. Asid deoksiribonukleik (DNA) ialah bahan baka untuk kehidupan. DNA ialah rantaian molekul yang dikenali sebagai bes.
Seluruh kandungan genetik atau DNA yang ada di dalam organisma pula dikenali sebagai genom. Secara asasnya, genom ialah pelan yang mengandungi maklumat lengkap untuk membina dan mengoperasikan organisma hidup. Suatu jujukan genom lengkap bagi hidupan yang ringkas, seperti bakteria, terdiri daripada jutaan bes.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Bioteknologi

PENJAGAAN ALAM USAHA SAMA KOMUNITI

Bagi membuka mata dan minda masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa pepejal, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia: Pendekatan Komuniti. Menerusi buku ini, pelbagai manfaat dapat diperoleh untuk menangani isu pencemaran alam yang berpunca daripada pembuangan sisa pepejal. Usaha untuk menyeru komuniti melibatkan diri dalam pengurusan sisa pepejal mendatangkan banyak kebaikan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.

Pencemaran sisa pepejal merujuk kesan sejumlah buangan sisa pepejal menerusi pelbagai aktiviti. Antaranya termasuklah daripada aktiviti penjana sumber di kawasan perumahan, perniagaan, institusi dan industri. Pelibatan komuniti ialah komponen penting dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan. Dalam konteks ini, komuniti tempatan bertanggungjawab untuk menguruskan sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti harian. Hal ini menunjukkan bahawa komuniti ialah aspek utama dalam kejayaan sistem pengurusan sisa pepejal.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Buku

GEMPA BUMI TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Gempa bumi ialah fenomena alam yang amat ditakuti olehseluruh manusia. Fenomena yang berlaku secara semulajadi ini mampu meragut banyak nyawa dan merosakkan hartabenda manusia. Di seluruh dunia, gempa bumi menyebabkanbanyak kematian. Kini, kepesatan arus pemodenan dankecanggihan teknologi yang dicapai oleh manusia belum mampumenangani fenomena ini.
Ada banyak kejadian gempa bumi di seluruh dunia yang kesannya masih dapat dirasai hingga kini. Sebagai contohnya, gempa bumi yang berlaku di Port-Au-Prince Haiti pada 12 Januari 2010 yang meragut nyawa lebih daripada 150 ribu orang. Dengan kekuatan gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter, kesannya masih dapat dilihat hingga kini.
Selain itu, gempa bumi yang berlaku di Aceh, Indonesia, pada 26 Disember 2000 juga memberikan impak yang besar kepada masyarakat dunia. Dengan kekuatan gempa berukuran 7.2 pada skala Richter, berlaku tsunami yang meranapkan bangunan di seluruh Aceh. Beberapa negara turut terkesan dengan kejadian gempa bumi ini, terutamanya negara yang berada di kawasan Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Thailand.
Apabila gempa bumi berlaku di Malaysia, hal ini sesuatu yang amat mengejutkan dan menakutkan pelbagai pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana gempa bumi yang kuat belum pernah berlaku di Malaysia sebelum ini. Malah, Malaysia juga terletak di luar lingkaran api Pasifik. Oleh sebab itu, gempa bumi yang berukuran 6.0 skala Richter yang berlaku di Sabah ialah fenomena yang menghairankan.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

TELUR TIRUAN MEMUDARATKAN KESIHATAN

Jumlah kes makanan tiruan makin meningkat di seluruh dunia sejak belakangan ini. Pada waktu sebelum ini, duniadikejutkan dengan kewujudan melamin dalam susu formula bayi. Kehadiran melamin ini menyebabkan kematian enam bayi pada tahun 2008 dan dijangka menyebabkan sebanyak 300 ribu bayi menghidap penyakit kronik pada masa akan datang.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan Sedunia, nilai penipuan makanan ini menyumbang antara US$30 hingga US40 bilion kepada sektor pengeluaran makanan pada setiap tahun. Hal ini bermakna pengeluar makanan tiruan yang tidak beretika menerima keuntungan daripada pengguna dalam jumlah yang sangat besar pada setiap tahun.

Di balik kehilangan wang bagi makanan yang tidak berkualiti, pengguna berhadapan dengan masalah yang lebih besar, iaitu berisiko menghidap pelbagai penyakit berbahaya disebabkan oleh pengambilan makanan tiruan.

Sebagai contohnya, pengguna dikejutkan dengan berita penemuan telur tiruan yang dilaporkan di laman sosial. Secara teorinya, telur ialah makanan yang sangat kaya dengan nutrien. Sebiji telur dapat membekalkan sebanyak enam gram protein yang menjadi komponen penting bagi tumbesaran.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Fitokimia

KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PERISIAN

Banyak perisian aplikasi dibangunkan oleh setiap sektorkerajaan dan swasta untuk membantu memudahkan urusanharian. Antara contoh perisian aplikasi termasuklah perisianaplikasi pangkalan data, perisian utiliti, perisian aplikasi mobildan perisian tugas khas. Setiap perisian yang dibangunkanperlu melalui proses kitar hayat pembangunan perisian.
Kitar hayat pembangunan perisian ialah kitar yang digunakan oleh pembangun perisian untuk merancang pembangunan perisian. Setiap pembangunan perisian perlu mengikuti kitar hayat pembangunan perisian. Hal ini penting supaya proses pembangunan perisian dapat dilakukan secara sistematik, sekali gus mengurangkan kos pembangunan perisian.
Ada lima kitar hayat pembangunan perisian yang sering digunakan oleh pembangun perisian. Kitar ini ialah model air terjun, model pengulangan, model V, model agil dan model pembangunan aplikasi pantas (RAD).
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Komputer

REVOLUSI KENDERAAN HIDROGEN

Berdasarkan sejarah, hidrogen digunakan sebagai sumbertenaga seawal tahun 1766. Canvesdish ialah ahlisains yang bertanggungjawab memperkenalkan hidrogensebagai sumber tenaga pada tahun itu. Menurut Canvesdish,hidrogen berketumpatan antara tujuh hingga 11 kali lebihringan berbanding dengan udara (14.4 kg/m3) dan mudah terbakar.
Berdasarkan sejarah, hidrogen digunakan sebagai sumber tenaga seawal tahun 1766. Canvesdish ialah ahli sains yang bertanggungjawab memperkenalkan hidrogen sebagai sumber tenaga pada tahun itu. Menurut Canvesdish, hidrogen berketumpatan antara tujuh hingga 11 kali lebih ringan berbanding dengan udara (14.4 kg/m3) dan mudah terbakar.
Dalam projek ini, belon panas yang menggunakan gas hidrogen diterbangkan oleh Jacques Alexandre César Charles. Eksperimen ini berjaya dilakukan pada 5 Jun 1783 sambil disaksikan oleh ribuan orang awam. Kejayaan ini membuka lembaran baharu dalam penerokaan sumber tenaga berasaskan hidrogen, terutamanya bagi keperluan sumber tenaga baharu.
Selain itu, sistem enjin yang beroperasi secara vakum ditemukan. Sistem ini dikendalikan oleh Reverend W. Cecil pada tahun 1820. Dalam teknologi ini, tekanan atmosfera menghasilkan gerakan omboh bagi menghasilkan vakum yang akhirnya menghasilkan kuasa untuk bergerak.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

BURUJ TEKO TEH

Teko ialah alat minuman yang terkenal sejak zaman dahulu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika alat ini dilambangkan kepada buruj di langit yang dikenali sebagai Sagitarius. Teko sejenis alat yang dihasilkan daripada tembikar bagi mengisi minuman panas.

Buruj Sagitarius berbentuk teko yang terdiri daripada tangkai pada pangkal, muncung pada hujungnya dan penutup di atasnya. Buruj ini sangat dikenali sejak zaman dahulu dan disenaraikan oleh ahli astronomi Mesir purba, iaitu Ptolemy, pada abad kedua Masihi.

Buruj Sagitarius satu daripada buruj Zodiak. Buruj yang menjadi latar belakang sepanjang laluan Matahari dalam setahun dikenali sebagai Zodiak. Kini, ada sebanyak 13 buruj Zodiak. Dahulu, ada sebanyak 12 buruj Zodiak. Buruj yang ke-13 ialah Ophiuchus.

Ada sebanyak 12 bahagian Zodiak. Setiap bahagian mempunyai sudut 30 darjah. Setiap buruj mempunyai sempadan yang ditetapkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada tahun 1930. Matahari melalui laluan yang dikenali sebagai ikliptik. Laluan ini berlatarbelakangkan buruj Zodiak.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

KENDERAAN HIDROGEN KELUARAN MALAYSIA?

Sebelum ini, kenderaan yang menggunakan gas asli, elektrik dan solar dijadikan sebagai alternatif bagi menggantikan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel. Kini, kenderaan yang menggunakan gas hidrogen pula dicipta bagi menggantikan petroleum, iaitu sumber tenaga yang bakal kehabisan.
Secara hakikatnya, penghasilan kenderaan yang tidak menggunakan petrol dan diesel sering menjadi tumpuan bagi penyelidik Malaysia. Setiap kali saya pergi ke pameran dan pertandingan penyelidikan, pasti ada kajian tentang bahan api baharu yang mesra alam dan dapat dibaharui. Tidak kurang juga bahan api baharu yang diuji beberapa kali pada kenderaan.
Yang lebih mengagumkan, kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan untuk mencari sumber bahan api yang dapat dibaharui ini setanding dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari negara maju. Malah, pelajar sekolah rendah dari Malaysia juga banyak yang memenangi pertandingan inovasi dan reka cipta di luar negara apabila mempertandingkan produk sumber bahan api baharu.
Namun begitu, kajian ini tidak diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak swasta atau syarikat automotif. Hal ini mencetuskan persoalan yang sukar dirungkaikan jawapannya. Pihak ini seolah-olah menganggap kajian ini hanya berjaya pada peringkat kajian dan sukar berjaya pada peringkat pelaksanaan. Yang lebih malang, ada yang menganggap bahawa walaupun produk memenangi anugerah tetapi pencipta produk hanyalah seorang penyelidik Malaysia. Hal ini satu tanggapan yang amat negatif terhadap keupayaan rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, jika dapat dipastikan dan disahkan bahawa itu ialah jawapan bagi persoalan ini, mungkin penyelidik tempatan perlu bekerjasama dengan universiti antarabangsa atau negara maju bagi membolehkan kajian mereka diiktiraf, seterusnya diberikan perhatian untuk dikomersialkan, dan bukannya sekadar mengumpul pingat dan anugerah dalam pelbagai pameran dan pertandingan.
Setelah semua ini berjaya, tidak mustahil, impian rakyat untuk melihat kenderaan hidrogen pertama negara yang tidak menggunakan bateri dan tidak mencemarkan bumi Malaysia dapat ditunaikan. Bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut pada bulan ini, marilah kita bersama-sama membantu menjayakan hasrat murni ini.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor