ANOREKSIA NERVOSA MEMUDARATKAN DIRI

Anoreksia nervosa berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud kurangnya nafsu makan, manakala dalam bahasa Latin pula bermaksud saraf asal. Secara umumnya, anoreksia sejenis penyakit mental yang berlaku pada individu yang mengalami masalah dalam pengambilan makanan.

Diet yang melampau untuk mendapatkan badan yang langsing dan menarik ialah kekacauan dan kecelaruan dalam pengambilan makanan yang sihat dan berzat. Gangguan pola makanan bukan hal yang menyenangkan, tetapi suatu masalah sosial yang disebabkan oleh tekanan terhadap makanan yang serius.

Badan penderita anoreksia kelihatan kurus kering yang melampau. Majoriti penderita anoreksia terdiri daripada wanita (antara 90 % hingga 95 %) berbanding dengan lelaki (antara lima peratus hingga 10 peratus). Jumlah pesakit anoreksia nervosa di Malaysia tidak sebanyak negara lain, seperti Amerika Syarikat, tetapi jumlahnya makin meningkat pada setiap tahun.

Berdasarkan statistik di Malaysia, antara 0.37 hingga 0.46 daripada 100 ribu penduduk Malaysia mengalami gangguan pemakanan dalam setahun. Dianggarkan bahawa antara 1.0 % hingga 4.2 % wanita mengalami anoreksia dalam kehidupan. Hanya antara satu peratus hingga dua peratus daripadanya adalah dalam kalangan remaja di sekolah dan pelajar universiti.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pada zaman ini, ibu bapa yang bekerja meninggalkan anakdi pusat asuhan kanak-kanak atau taska. Dalam situasi ini,perkara yang sering membimbangkan ibu bapa ialah penyakitberjangkit, seperti penyakit tangan, kaki dan mulut.
Statistik penyakit tangan, kaki dan mulut hingga Jun 2015 di Malaysia amat membimbangkan. Sarawak mendahului dengan 6333 kes, diikuti oleh Selangor (2727), Johor (919), Kuala Lumpur (661), Perak (642) dan Sabah (593). Dengan purata sebanyak 964 kes seminggu, jumlah seluruh kes, iaitu sebanyak 13 497 dilaporkan di seluruh negara. Jumlah penyakit tangan, kaki dan mulut tertinggi direkodkan pada tahun 2012, dengan 34 519 kes dan satu kematian.
Penyakit tangan, kaki dan mulut berlaku disebabkan oleh virus enterovirus yang meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut berlaku menerusi sentuhan langsung, sama ada terhadap cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti oleh virus ini, selain sentuhan pada permukaan dan permainan tercemar.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan

AMBUNG-AMBUNG MERAWAT DEMAM

Pokok ambung-ambung atau Scaevola taccada ialah tumbuhan pesisir pantai. Secara lazimnya, pokok ini tumbuh di kawasan yang berpasir. Namun begitu, ada juga pokok ambung-ambung didapati hidup di tempat berbatu. Pokok ini sejenis tumbuhan renek atau pokok kecil yang dapat mencapai ketinggian maksimum, enam meter dan mempunyai banyak cabang dan dahan yang kecil.

Struktur daun pokok ambung-ambung agak berisi, tebal dan disusun secara berselang-seli pada dahannya. Warna daun mudanya hijau muda dan bertukar menjadi kuning apabila matang. Bunganya berwarna putih dan dihasilkan dalam jambak yang pendek pada celah ketiak daun.

Bunga pokok ambung-ambung agak unik kerana mempunyai bahagian tiub bunga yang terbuka pada bahagian atas, seakan-akan struktur bunganya sebelah sahaja. Buahnya berwarna hijau muda apabila muda dan bertukar putih apabila matang. Buah yang masak mempunyai isi yang lembut dan mengandungi biji yang bergabus.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Herba

PENYEBAB DAN IMPLIKASI KEHILANGAN GIGI

Orang dewasa yang mempunyai jumlah gigi yang lengkap dianggap beruntung. Apatah lagi, jika gigi ini tersusun cantik. Hal ini pasti menambahkan keyakinan diri empunya gigi. Yang sebaliknya, ada juga dalam kalangan orang dewasa yang mengalami kehilangan gigi yang sangat ketara, walaupun usianya baru 30-an.

Kehilangan gigi dapat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah disebabkan oleh penyakit periodontal, karies, trauma, gigi tertanam di dalam rahang atau impaksi, kehilangan kongenital dan persediaan sebelum rawatan ortodontik.

Penyakit periodontal ialah penyakit jangkitan pada jaringan pendukung gigi. Jaringan pendukung gigi ini meliputi gusi (gingiva), tulang alveolar (tulang yang mendukung soket gigi), sementum (lapisan tipis yang menutupi bagian akar gigi) dan ligamen periodontium (jaringan penyangga di keliling akar gigi dan melekat ke tulang alveolar).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

KEDIAMAN HAIWAN LIAR DARATAN

Haiwan liar ialah elemen penting dalam ekosistem, sama ada di daratan atau di kawasan akuatik. Sekitaran atau kediaman semula jadi haiwan liar ialah habitat bagi haiwan liar. Kefahaman terhadap kediaman haiwan liar daratan, seperti spesies haiwan liar yang mendiami kawasan ini dan jenis kediamannya penting untuk memahami fungsi ekosistem, seterusnya menghargai peranan dan kepentingan biodiversiti kepada manusia. Sama seperti manusia, haiwan liar juga mempunyai keperluan tertentu di kawasan kediamannya.

Pemilihan kawasan kediaman oleh haiwan liar bergantung pada beberapa faktor, iaitu sumber makanan dan air, struktur vegetasi, struktur topografi atau komponen fizikal, pasangan, pemangsaan dan persaingan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Flora dan Fauna

BAHAN PENGAWET DALAM PRODUK MAKANAN

Kecenderungan manusia untuk mendapatkan makanan padabila-bila masa dan pada kadar yang cepat menyebabkanproduk makanan ini wujud dalam pasaran. Antara jenismakanan yang wujud dalam pasaran termasuklah makanankonvenien, makanan sedia disediakan, makanan sedia dimakan,makanan sejuk beku dan makanan sejuk dingin.
Makanan siap ini dapat disimpan, sama ada pada suhu bilik, sejuk beku atau sejuk dingin. Kaedah penyimpanan makanan ini bergantung pada jenis makanan dan kaedah pemprosesan yang digunakan dalam proses pengeluarannya.
Produk makanan mampu bertahan dalam pasaran, sama ada dimasukkan dalam botol plastik, botol kaca, plastik jenis PP atau HDPE. Produk makanan yang dihasilkan dan dijual di Malaysia tertakluk pada Akta Makanan 1981 dan Peraturan Makanan 1985.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

DI BALIK KEBAIKAN SOYA

Soya diuar-uarkan sebagai makanan yang kaya protein dankaya asid lemak tidak tepu yang mampu mengurangkanrisiko penyakit jantung dan mencegah kanser payudara. Secara hakikatnya, soya ialah bahan buangan daripada proses pengekstrakan minyak soya. Berdasarkan sejarah, kacang soya hanya digunakan sebagai kaedah biologi untuk mengembalikan khasiat nitrogen pada tanah di Asia pada zaman dahulu.

Soya dikategorikan sebagai makanan untuk manusia setelah melalui proses penapaian. Hal ini bermaksud tempe dan kicap soya ialah makanan berkhasiat kerana melalui proses penapaian. Walau bagaimanapun, kebaikan kicap soya masih diragukan kerana kandungan pewarna, pengawet dan garam terlalu tinggi. Natto, sejenis makanan Jepun dan mito (makanan bagi penduduk Hong Kong) juga diperoleh daripada soya menerusi proses penapaian.

Secara definisinya, penapaian ialah proses yang melibatkan penukaran bentuk bahan makanan yang melibatkan mikroorganisma (selalunya yis). Menurut ahli sains Jepun, soya dikategorikan sebagai racun jangka panjang kerana pengubahsuaian genetik yang dilakukan terhadapnya. MONSANTO (syarikat multinasional pertanian bioteknologi) mengawal hampir 90 % genetik semua biji benih tanaman. Hampir 95 % biji benih soya menjalani proses pengubahsuaian genetik. Soya juga satu daripada makanan yang sangat tinggi dicemari oleh pestisid (racun perosak).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Pemakanan

VITAMIN C KOFAKTOR ENZIM PENTING

Vitamin C, asid askorbik atau askorbat ialah sejenis vitaminyang larut dalam air. Kandungan nutrien dalam vitaminCpenting untuk manusia dan haiwan tertentu. Vitamin Cdiperlukan untuk pelbagai tindak balas metabolik penting yangberlaku pada manusia, haiwan dan tumbuhan.
Sebahagian besar daripada haiwan dan tumbuhan dapat mensintesiskan vitamin C menerusi proses berenzim
yang menukarkan monosakarida kepada vitamin C. Bagi tumbuhan pula, proses ini berlaku menerusi penukaran manosa, glukosa atau galaktosa kepada asid askorbik.
Pada sesetengah haiwan mamalia, glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan vitamin C di hati diekstrak daripada glikogen. Bagi reptilia dan burung, biosintesis vitamin C dilakukan di buah pinggang. Walau bagaimanapun, kelawar, guinea babi, tarsier, monyet dan manusia tidak dapat mensintesiskan asid askorbik kerana ketiadaan enzim L-gulonolakton oksidase.
Posted in: Lain-lain

PERANGKAP LALAT VENUS

Kepercayaan tentang pokok pemakan manusia di hutan tebal luput ditelan zaman. Kini, kepercayaan ini hanya wujuddalam cerita fiksyen. Walau bagaimanapun, tumbuhan kecil yang berupaya memerangkap dan menghadamkan haiwan kecil, khususnya serangga, memang wujud. Bahkan, bilangannya menjangkau 600 spesies di muka bumi ini.

Kumpulan tumbuhan ini dikenali sebagai tumbuhan karnivor atau tumbuhan insektivor (pemakan serangga) kerana serangga ialah makanan utamanya. Antara tumbuhan karnivor yang paling dikenali termasuklah Venus Flytrap atau perangkap lalat Venus. Kaedah penangkapan serangganya amat dramatik.

Venus Flytrap ialah tumbuhan kecil subtropika berbentuk roset dengan batang bawah tanah yang pendek. Habitat asal tumbuhan ini di bahagian utara dan selatan Carolina, Amerika Syarikat, khususnya kawasan Green Swamp di utara Carolina. Kawasan ini kekurangan sumber nutrien, khususnya nitrogen. Oleh sebab itu, tumbuhan ini beradaptasi untuk mendapatkan sumber nitrogen alternatif daripada serangga.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Flora dan Fauna

KUANG CERMIN HIDUP DI TANAH TINGGI

Burung kuang cermin (Polypectron inopinatum) atau Rostchild Peacock Pheasant ialah spesies burung kuang yang ada di Malaysia, tetapi sangat sukar ditemukan. Burung ini spesies kuang yang elusif seperti burung kuang gunung (Renarthia ocellata).

Kuang cermin digolongkan dalam keluarga Phesanidae. Spesies ini hanya ditemukan di altitud yang tinggi, iaitu pada ketinggian lebih kurang 1300 meter dari paras laut. Burung ini dapat ditemukan di permatang Gunung Pine Trees di Bukit Fraser, Pahang pada ketinggian lebih kurang 1300 meter dari paras laut.
Spesies ini juga ditemukan di Cameron Highland, Banjaran Gunung Tahan dan Bukit Larut, Perak. Saiz tubuhnya hampir sama dengan burung merak pongsu (Polypectron malacensis), tetapi ekornya lebih panjang dan tidak mempunyai jambul seperti yang ada pada burung merak pongsu jantan.
Warna bulu kepak kuang cermin coklat keperang-perangan. Warna bulu pada bahagian dada dan perutnya gelap. Ada tompok berwarna biru tua sebesar duit syiling lima sen pada bahagian bulu kepaknya. Ekornya panjang dan berwarna coklat kemerah-merahan. Ada banyak tompok halus berwarna putih pada bahagian atas ekornya.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Konservasi