KAEDAH UNSUR TERHINGGA DAN EMPANGAN

Selain penilaian prestasi konkrit atau struktur berasaskan makmal, penilaian dengan menggunakan kaedah numerikal, seperti kaedah unsur terhingga, FEM, juga dipraktikkan dengan meluasnya, sama ada dalam bidang kejuruteraan atau teknologi.

Kaedah pengkomputeran dapat memberikan gambaran awal atau dapat meramalkan keputusan atau prestasi peringkat bahan atau struktur seperti empangan atau konkrit, dalam masa yang singkat berbanding dengan kaedah eksperimen atau penilaian prestasi sebenar.

FEM ialah kaedah yang popular bagi jurutera, ahli teknologi dan ahli sains lebih-lebih lagi kebanyakan perisian yang digunakan dapat digunakan dalam komputer riba atau komputer meja. Ketepatan keputusan yang diperoleh bergantung pada model yang digunakan, seperti model elastik, elastoplatik, linear, tidak linear dan keistimewaan atau kekangan perisian yang digunakan. Di samping itu, ada kes yang jurutera atau ahli teknologi perlu memasukkan subrutin (subrutin tertanam) dalam program perisian yang sedia ada. Hal ini bergantung pada jenis masalah yang dihadapi atau masalah yang ingin ditangani. Yang sebenarnya, kebolehan jurutera dan ahli teknologi dalam penentuan keabnormalan output yang dihasilkan menerusi kaedah numerikal juga penting.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

PERANCANGAN KELUARGA DARURAT

Perancang keluarga darurat atau perancang keluargakecemasan ialah cara membantu wanita untuk mengelakkandiri daripada hamil selepas melakukan hubungan sekstanpa perlindungan. Hal ini bermakna cara ini diperlukan apabilapasangan suami isteri mengadakan hubungan seks, tanpamengamalkan apa-apa bentuk pencegah kehamilan.
Cara ini wujud sejak 30 tahun yang lalu dan selamat digunakan, serta dianggap sebagai rahsia perancangan
keluarga yang disimpan dengan baiknya. Penggunaannya tidak meluas di Malaysia. Satu daripada sebab utamanya ialah kurangnya pengetahuan tentang perancang keluarga darurat ini. Perancang keluarga darurat melingkungi penggunaan ubat atau alat untuk mengelakkan kehamilan dalam tempoh lima hari selepas hubungan seks.
Ada dua cara ini di Malaysia, iaitu ubat dalam bentuk pil dan alat perancang keluarga intrauterin (IUD). Kepentingan kaedah merancang keluarga kecemasan adalah untuk memberikan peluang terakhir kepada wanita untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki.
Purata kemungkinan mengandung selepas sekali hubungan seks tanpa perlindungan ialah lapan peratus
tanpa mengambil kira waktu pada kitar haid (lapan daripada 100 wanita hamil), kosong peratus sewaktu dua hari pertama haid, 33 peratus pada hari ovulasi, 10 peratus pada lima hari selepas ovulasi, dan satu peratus pada hari ke-25 haid.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan

PEMULIHARAAN HUTAN DI UTP

Berdasarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (1998), kekurangan data berkenaan kepelbagaian biologi menyebabkan sumber biologi negara tidak dapat digunakan dengan berkesannya. Kemusnahan habitat secara berterusan disebabkan oleh kegiatan manusia menyebabkan maklumat biodiversiti tidak dapat dikumpulkan kerana tidak sempat dikaji.

Setelah menyedari kepentingan inventori biodiversiti, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam aspek tertentu. Aspek ini menggalakkan pengurusan hutan secara lestari dan penggunaan sumber hutan secara optimum. Hal ini dilakukan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Aktiviti penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik FRIM bertujuan untuk mengumpulkan maklumat flora yang diperlukan dalam penentuan kawasan yang penting bagi perlindungan flora di UTP.

Terletak di Seri Iskandar, sebagai bandar baharu di bahagian Perak Tengah UTP dikelilingi oleh pelbagai aktiviti pembangunan yang pesat. Antara pembangunan yang dilakukan termasuklah membina kawasan perumahan dan lot kedai, serta mengubah guna tanah beberapa kawasan hutan di sekitar Seri Iskandar untuk pembangunan setempat. UTP yang kini masih dalam fasa pembangunan juga memerlukan kawasan untuk mendirikan infrastrukturnya.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: DARIPADA FRIM

KOLANGITIS PENYEBAB KEMATIAN

Kolangitis berasal daripada perkataan Greek, iaitu chol yang bermaksud hempedu, ang yang bermaksud salur dan itis yang bermaksud radang. Kolangitis ialah jangkitan yang berlaku pada salur hempedu dan berpotensi menyebabkan kematian dan morbiditi. Kebanyakan pesakit kolangitis akut bertindak balas terhadap terapi antibiotik yang dilakukan oleh doktor perubatan.

Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang kronik atau pesakit yang mengalami toksik kolangitis, mungkin tindak balas yang bagus tidak dapat diberikan. Malah, pesakit ini mungkin perlu menjalani pembedahan kecemasan, iaitu menjalani prosedur saliran hempedu.

Jean M. Charcot menemukan penyakit ini pada tahun 1877. Pada waktu itu, beliau mengenal pasti tanda, seperti demam, demam kuning dan kesakitan kuadran kanan atas pada bahagian abdomen. Pada tahun 1959, Reynolds dan Dargon menerangkan tanda penyakit ini yang lebih teruk yang merangkumi komponen tambahan kejutan septik dan kekeliruan mental, yang dirujuk sebagai Reynolds Pentad.
Berdasarkan sejarah, koledokolitiasis ialah punca yang paling biasa bagi penyakit ini. Keadaan ini menghalang salur hempedu, seterusnya menyebabkan kolangitis. Sejak 20 tahun yang lalu, pemanipulasian salur hempedu dilaporkan menjadi punca bagi lebih banyak kejadian kolangitis dalam kalangan masyarakat.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

SEL STEM TIADA JANGKA HAYAT

Manusia ada beratus-ratus jenis tisu yang mengandungi sel dengan fungsi yang spesifik. Setiap sel mempunyai fungsi yang unik. Gabungan fungsi sel ini membolehkan badan manusia bekerja. Semua sel ini berasal daripada beberapa sel ajaib yang dikenali sebagai sel stem. Sel yang dikenali sebagai sel induk ini berupaya hidup selama-lamanya, seiring dengan usia manusia. Sel ini tiada tempoh hayat, tidak seperti sel lain yang mati dan digantikan dengan sel baharu apabila tiba masanya.

Sel istimewa ini dapat membiak dan menjadi dirinya semula. Hal ini bermakna sel anak ini mempunyai sifat yang serupa dengan sel induknya. Sel ini dapat melahirkan dirinya semula selagi manusia masih hidup. Oleh sebab itu, sel stem dikenali sebagai sel yang hidup selama-lamanya. Keupayaan membiak sel ini dapat bertahan lama, walaupun tidak aktif dalam tempoh yang lama.

Sel stem ialah sel yang masih dara. Oleh sebab itu, sel stem tidak mempunyai ciri khusus untuk fungsi organ tertentu. Sifatnya tidak sama dengan sel mata, sel kulit, sel saraf dan pelbagai sel lain yang mempunyai ciri khusus untuk fungsi yang spesifik.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan

LALAT HITAM DAN ONKOSERKIASIS

Dunia hitam merujuk orang yang tidak nampak objek, tidakdapat membezakan warna pelangi yang berada di langitdan dunia yang dilihatnya hanya warna hitam. Dengankata lain, orang ini buta. Ada buta yang bukan disebabkan olehpenyakit mata, seperti glaukoma dan trakoma, tetapi disebabkanoleh gigitan sejenis serangga. Serangga ini hidup di kawasanyang berdekatan dengan sungai.
Penduduk yang tinggal di sebelah sungai digigit oleh sejenis serangga dan mengalami kebutaan. Penyakit ini
dianggap misteri sebelum jawapannya diterokai oleh ahli sains. Oleh hal yang sedemikian, penyakit ini dikenali sebagai kebutaan sungai. Serangga ini sejenis serangga kecil yang dikenali sebagai lalat hitam.
Serangga ini tidak menyerang mata manusia. Yang menyerang mata manusia ialah cacing parasit yang
dibawa oleh lalat hitam ketika lalat ini menghisap darah manusia. Lalat hitam ini penghisap darah dan amat berbahaya kerana vektor bagi penyakit kebutaan sungai.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

EVOLUSI TIDAK PERNAH BERLAKU

Penciptaan makhluk merangkumi ilmu yang berdasarkan faktadan bukti. Bidang sains, seperti astronomi, biologi, fisiologi,anatomi, biokimia, paleontologi, astrofizik dan fizik kuantummendedahkan kebenaran ilmu penciptaan. Berdasarkan lebihdaripada 400 juta fosil yang dikenal pasti sehingga kini, belum adafosil yang menunjukkan bahawa hidupan bermula secara evolusi.
Propaganda hebat masih dilakukan pada hari ini untuk memastikan teori evolusi kekal dipercayai. Namun begitu, amat jelas bahawa hal ini semata-mata berdasarkan penyelewengan fakta saintifik, tafsiran berat sebelah, dan pembohongan dan penipuan yang disandarkan kepada sains. Propaganda ini tidak dapat menyembunyikan kebenaran hakiki, iaitu ilmu penciptaan. Teori evolusi ialah penipuan paling besar
dalam sejarah sains.
Bagi mengesahkan fakta ini, penyelidikan dilakukan. Sebagai hasilnya, berdasarkan penemuan selepas era 1980-an, khususnya, didapati bahawa dakwaan Darwinisme tidak berasas. Walau bagaimanapun, teori evolusi disebarkan dengan meluasnya pada abad ke-19. Dalam hal ini perkembangan penting yang menjadi topik dunia sains ialah penulisan Charles Darwin, Asal Usul Spesies, yang diterbitkan pada tahun 1859.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Genetik

BULAN PURNAMA GEDANG 2017

Fenomena supermoon atau Bulan purnama gedang suatu kejadian alam yang menarik perhatian awam. Fenomena ini berlaku ketika fasa purnama. Pada waktu itu, saiz Bulan kelihatan lebih besar berbanding dengan saiz Bulan purnama yang lain. Fenomena ini bukan luar biasa. Yang sebenarnya, fenomena ini berlaku pada setiap tahun. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh jarak di antara Bulan dengan Bumi lebih dekat ketika fasa ini.

Istilah Bulan purnama gedang digunakan dalam kalangan ahli astrologi. Istilah ini mula diperkenalkan oleh ahli astrologi, Richard Nolle, pada tahun 1979. Dalam komuniti astronomi fenomena ini dikenali sebagai Bulan
Bulan mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips, bukannya bulatan. Dalam satu bulatan ada satu titik pusat dan jejari yang sama. Jarak di antara titik bulatan dengan pusat bulatan, tetap. Namun begitu, dalam satu elips ada dua titik lokus dan setiap titik lokus tidak ada jejari yang sama.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

BERKETURUNAN MANUSIA BUKAN HAIWAN

Pada zaman yang canggih dan moden ini, masih ada manusia yang keliru tentang asal usul keturunannya. Dengan sumber rujukan yang banyak dan kajian sains terkini, mustahil apabila teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada kera masih dipercayai. Yang lebih mustahil dan menghairankan ialah ada manusia yang menjadi pengikut tegar fahaman ini dan giat mempromosikan teori yang turut ditolak oleh ahli sains dan orang yang berfikiran waras.
Berdasarkan sejarah, tidak dinafikan bahawa manusia pernah bertukar menjadi haiwan. Hal ini berlaku apabila bangsa Yahudi dikutuk oleh Allah SWT, seterusnya menjadi kera dan babi, suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kera dan babi yang ada pada zaman ini bukanlah berasal daripada golongan manusia yang dikutuk dan menjadi haiwan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kera dan babi telah ada sebelum itu lagi. Allah SWT juga tidak membiarkan kaum yang dikutuk ini berketurunan.
Jika sejarah ini dijadikan sebagai hujah yang menyokong fakta bahawa manusia dapat bertukar menjadi haiwan, teori Darwin tetap tidak dapat disokong. Peristiwa ini bukan menunjukkan bahawa evolusi dapat mengubah haiwan kepada manusia atau sebaliknya, tetapi manusia dapat berubah menjadi haiwan hanya dengan kuasa Allah SWT dan disertai oleh alasan yang kukuh. Hal ini bermakna sebarang perubahan, sama ada daripada manusia kepada haiwan atau sebaliknya tidak akan berlaku secara evolusi, seterusnya menerbitkan keturunan selepasnya.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor