LOHONG HITAM SUMBER TENAGA

Prinsip keabadian tenaga sebagai aturan ilmu fizik menyatakanbahawa jumlah tenaga tidak bertambah, walaupun tenagadapat berubah daripada suatu jenis kepada jenis yang lain.Sebagai contohnya, tenaga ada dalam pelbagai bentuk dan dapatdilihat sebagai perubahan pada ketinggian atau kelajuan.
Tenaga dapat menjadi bentuk gelombang elektromagnet yang bergerak, atau sebagai jenis getaran
atom yang menghasilkan haba. Apabila brek kereta ditekan, tenaga kinetik kereta tidak musnah, sebaliknya bertukar bentuk menjadi tenaga haba dan bunyi.
Berdasarkan pelbagai jenis manifestasi, tenaga dapat berubah-ubah, tetapi jumlah seluruh tenaga sentiasa abadi. Hal ini bermakna tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan.
Banyak pencipta yang optimis untuk menghasilkan mesin tenaga yang dapat menjadikan idea penciptaan tenaga baharu suatu kenyataan. Ada ahli sains yang menekankan bahawa idea penciptaan mesin gerakan abadi, iaitu sejenis mesin yang pada teorinya dapat bergerak secara nalar tanpa menerima bekalan tenaga dari luar adalah mustahil. Hal ini dikatakan demikian kerana tenaga dari luar melanggar asas hukum fizik keabadian tenaga. Yang menjadi persoalan ialah kebenaran tenaga dapat dicipta daripada sesuatu yang kosong atau tiada.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

VAKSIN HASILAN KULTUR SEL

Sebelum kultur sel diperkenalkan, haiwan sering digunakan sebagai bahan uji kaji, terutamanya dalam penghasilan vaksin. Sebagai contohnya, sekitar era 1800-an, penghasilan vaksin cacar lembu atau cowpox dilakukan menerusi pengasingan virus daripada anak lembu. Kemudian, penghasilan vaksin menerusi haiwan ini berterusan hingga abad ke-20.

Penggunaan haiwan sebagai bahan uji kaji menyebabkan masalah berlaku. Antara masalah yang dikenal pasti termasuklah kos yang tinggi dari segi penjagaan haiwan dan pemantauan kesihatan haiwan. Selain itu, haiwan yang diuji kaji mungkin dijangkiti oleh penyakit tertentu. Hal ini menghalang penghasilan vaksin menerusi tubuh haiwan ini. Ada juga haiwan yang digunakan sebagai bahan uji kaji tidak dapat menghasilkan virus tertentu.

Kultur sel ialah kaedah pembiakan sel dalam piring atau balang kultur. Sel ini disokong oleh nutrien dan bahan lain, seperti kolagen, untuk membantu pertumbuhannya. Kultur sel pertama atau sel kultur primer yang berasal daripada tisu hidup. Tisu ini mempunyai pelbagai jenis sel, seperti sel fibroblas, epitelium dan endotelium.

Secara lazimnya, turunan sel yang diperlukan bagi tujuan kultur terdiri daripada satu jenis sel sahaja. Hal ini bermakna, sel daripada tisu ini dibiakkan dalam piring kultur. Setelah itu, jenis sel yang dikehendaki, diambil daripada lapisan sel tisu dan dibiakkan semula sehingga jenis sel yang sama diperoleh.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

KYLLINGA AGEN PENENANG

Tumbuhan herba, Kyllinga dinamakan sempena nama ahli botani, Peder Lauridsen Kylling, oleh Kristen Friis Rottboll, ahli botani, dari Denmark. Tumbuhan ini ada banyak kepentingan, iaitu dalam bidang perubatan dan pemakanan, serta sebagai alat pewangi. Klingga dapat ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar.

Selain tumbuhan herba, Kyllinga juga dikenali sebagai rumput dan digunakan sebagai tanaman hiasan. Ada pelbagai jenis nama tempatan bagi Kyllinga. Antaranya termasuklah green kyllinga atau white kyllinga, jukut pendul, sui wu gong, bosikad, tuise, pakopako, mo’u upo’o, anuang dan nirbishi.

Dalam konteks taburan populasi, tumbuhan ini ditemukan di Amerika Syarikat, Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, Australia, dan kepulauan Pasifik. Tergolong dalam keluarga Cyperaceae, Kyllinga dianggarkan ada lebih kurang 5000 spesies dengan 100 genus tumbuhan yang ada di dalamnya.

Ada antara 40 spesies hingga 45 spesies tumbuhan ini di merata-rata dunia. Kepelbagaian spesies tumbuhan ini yang paling banyak, iaitu dengan jumlah antara 30 spesies hingga 35 spesies didapati di kawasan Timur Afrika dan Madagaskar. Lapan spesies ditemukan di kawasan Asia Tenggara, antara tiga spesies hingga empat spesies di kawasan Asia dan dua spesies di kawasan Australasia. Dua spesies yang endemik juga ditemukan di Kepulauan Hawaii.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Flora dan Fauna

KOMET KATALINA

Gambar komet C/2013 US10 ini dicerap pada 5 Januari 2016 di Observatori Negara Langkawi. Yang menghala ke atas ialah ekor gas ion dan yang menghala ke bawah ialah ekor debu. C/2013 US10 (Catalina) ialah komet yang berasal daripada Awan Oort dan ditemukan pada 31 Oktober 2013 oleh Catalina Sky Survey dengan menggunakan teleskop berdiameter 0.68-meter (27 inci).

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Angkasa

PEMAKANAN BAGI DIET RENDAH KOLESTEROL DAN LEMAK

Lemak satu daripada sumber tenaga paling tinggi dalam tubuh badan manusia. Oleh sebab itu, lemak hanya boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana pengambilan lemak yang berlebihan membahayakan tubuh badan.

Ada tiga bahagian lemak, iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. Lemak tepu lemak yang ada pada sumber haiwan dan tumbuhan. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan dapat meningkatkan aras kolesterol dalam darah. Antara sumber lemak tepu termasuklah mentega, minyak sapi (Ghee), lemak haiwan, santan, krimer dan susu penuh krim.

Lemak tak tepu pula lemak yang membantu menurunkan aras kolesterol dalam darah. Lemak ini tidak sesuai digunakan untuk menggoreng (goreng jeluk) kerana penggunaan lemak tak tepu pada suhu yang tinggi menyebabkan lemak tak tepu bertukar menjadi lemak trans. Jika lemak tak tepu bertukar menjadi lemak trans, paras kolesterol dalam darah meningkat dan dapat membahayakan tubuh badan.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Pemakanan

PENCEMARAN AIR DAN PROTEIN DALAM IKAN

Ikan sumber protein yang paling penting dan mudah didapati.Haiwan ini dapat dikategorikan berdasarkan habitat ataufizikalnya. Ikan didapati dalam air masin dan air tawar. Ikan airmasin didapati dalam laut, manakala ikan air tawar didapati dalamsungai, kolam atau tasik. Hanya ikan daripada spesies tertentudapat hidup di kawasan air tertentu.
Kadar protein dalam ikan 75 peratus lebih tinggi berbanding dengan sumber protein lain, seperti telur ayam, daging dan susu. Peratus kandungan protein yang tinggi dalam ikan menjadikannya sumber protein yang sangat penting dalam rantaian pemakanan manusia. Protein berperanan dalam fungsi tubuh manusia, seperti membina tisu, sel dan otot. Selain itu, protein juga membantu penjanaan antibodi manusia.
Di samping itu, protein ikan kaya dengan asid amino. Asid amino berperanan untuk membawa nutrien yang diperlukan oleh badan ke organ yang berkaitan dan membantu pembentukan protein untuk hemoglobin, enzim dan hormon.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

MIGRAIN SAKIT BERULANG

Sakit kepala antara aduan yang sering didengari dalamkehidupan masyarakat. Ada banyak punca yang dapatmenyebabkan sakit kepala. Setiap punca ini mempunyai ciriyang tersendiri. Sakit kepala yang berpunca daripada migrainialah satu daripada penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakatdi seluruh dunia. Serangan migrain yang pertama biasanyamenyerang seseorang individu daripada usia awal dewasa hinggaberusia 40 tahun.
Secara biasanya, sakit kepala yang disebabkan oleh migrain hanya menyerang sebahagian kepala, sama ada kanan, kiri atau depan. Migrain ialah suatu keadaan yang berulang-ulang. Setiap kali diserang oleh migrain, sakit kepala ini dapat berlanjutan dalam tempoh antara empat jam hingga 72 jam. Sakit kepala ini berlarutan secara perlahan-lahan dan berdenyut-denyut.
Selain itu, pesakit berasa lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi yang kuat. Malah, pesakit juga mungkin berasa loya, muntah, berpeluh-peluh, tidak selesa pada abdomen dan letih tubuh badan. Gerakan yang cepat dan aktiviti yang berat dapat menyebabkan serangan migrain bertambah teruk. Migrain dapat menjejaskan aktiviti harian dan mengurangkan produktiviti seseorang.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan

LANJUT USIA PENYEBAB BUTA

Puan Nani bertugas sebagai guru dan bersara sejak lima tahun yang lalu. Sejak setahun yang lalu beliau sering mengalami masalah pelihatan. Setiap kali suatu objek dipandang, ada tompok hitam pada bahagian tengah objek yang dapat dilihatnya. Tompok hitam ini makin hari makin lebih kehitamannya.

Sejak akhir-akhir ini pula, selain kehadiran tompok hitam, objek yang dilihatnya kelihatan tidak sempurna dan remuk. Garisan yang lurus kelihatan bengkok. Oleh sebab pandangan begini mengganggu pelihatan, Puan Nani pergi menjalani pemeriksaan mata. Berdasarkan pemeriksaan mata, doktor mata mengesahkan bahawa mata beliau mengalami degenerasi makula berkaitan umur.

Degenerasi makula berkaitan umur ialah penyakit mata. Bagi penyakit ini sel mata pada lapisan retina pada kawasan makula mengalami degenerasi. Degenerasi ialah keadaan sel menyusut dan mati. Faktor utama yang menyebabkan degenerasi makula ialah usia yang lanjut.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Oftalmologi

PUPUS

Di dalam dewan kuliah sebuah universiti tempatan, seorangprofesor baru sahaja selesai menyampaikan kuliahnya yangbertajuk evolusi dan spesies baharu kepada pelajar jurusansains biologi.
“Tajuk kuliah pada hari ini amat menarik. Profesor, boleh jelaskan maksud evolusi secara ringkas kepada saya?” Tiba-tiba kedengaran suara pelajar itu bertanya soalan dengan penuh minat.
“Saya tidak akan ulang semula kuliah tadi,” jawab profesor itu dengan tegas. Profesor itu mengemaskan fail di atas meja, kemudian dengan segeranya berjalan meninggalkan dewan kuliah menuju ke pejabatnya yang terletak di bangunan Muzium Kaji Hayat.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Cerpen

DRON PENJEJAK DI UDARA

Manusia berlumba-lumba untuk menguasai ruang angkasa kerana ingin menunjukkan kelebihan keupayaan penguasaan masing-masing. Ruang udara dianggap sebagai kawasan yang menjadi penentu kekuatan dan kehebatan. Pihak yang menguasai ruang ini dianggap raja dan akan sentiasa berada di hadapan dalam pelbagai aspek. Oleh sebab itu, pelbagai teknologi angkasa yang meliputi satelit menjadi keutamaan negara maju.
Menerusi satelit, manusia dapat memantau keadaan rupa bumi dan aktiviti yang dilakukan di kawasan tertentu. Aktiviti ini meliputi perubahan guna tanah, seperti pembinaan dan peruntuhan bangunan, penebangan hutan dan pembukaan ladang, penambakan laut dan tasik, pengubahan aliran sungai dan pembinaan infrastruktur.
Pada masa ini, kecanggihan satelit ada hadnya. Hal ini dikatakan demikian kerana pada skala mikro atau di sesetengah kawasan, satelit tidak mampu mengimbas keadaan rupa bumi, apatah lagi aktiviti yang berlaku di tempat itu. Antara kawasan yang gagal diimbas ini termasuklah bawah tanah, terowong, dasar laut dan lantai hutan. Tidak terkecuali, masalah pemantauan masa sebenar yang masih belum dapat dikuasai secara sepenuhnya oleh satelit menjadi penghalang bagi urusan yang perlu dilakukan secara serta-merta.
Bagi mengatasi hal ini, teknologi dron diperkenalkan. Dron atau pesawat tanpa pemandu ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikendalikan dari tempat yang lain. Yang sebenarnya, teknologi pesawat tanpa pemandu bukan perkara baharu dalam dunia teknologi. Pesawat ini digunakan untuk melakukan risikan ke tempat tertentu, terutamanya tempat yang sulit dan mempunyai sekatan dari aspek keselamatan. Hal ini disebabkan oleh risiko yang ingin dielakkan, jika pemandu turut serta dalam misi ini.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor