SIATIKA MASALAH SARAF

Oleh: Rehanah Mohd. Zain

Istilah siatika digunakan untuk menggambarkan radikulopati yang berlaku apabila satu atau lebih saraf yang membentuk saraf siatika besar terganggu atau terasa mencubit. Siatika merujuk kesakitan yang menyerap di sepanjang saraf siatika dan biasanya dirasai pada bahagian pinggul, belakang betis dan kaki sehingga jari-jemari kaki. Secara biasanya lagi, siatika hanya menjejaskan satu bahagian badan daripada pinggul sehingga bawah kaki.

Lebih kurang antara 15% – 40% orang mengalami siatika, seterusnya terjejas kualiti kehidupannya. Keadaan ini jarang-jarang berlaku pada orang dewasa yang umurnya kurang daripada 20 tahun, sebaliknya meningkat apabila usia meningkat daripada 40-an, 50-an dan 60-an. Orang yang banyak melakukan aktiviti gerakan fizikal dalam pekerjaan, seperti pekerja kontrak rumah, tukang kayu dan tukang potong rumput, mudah mengalami siatika berbanding dengan orang yang bekerja di pejabat yang gerakannya terbatas.

Siatika berlaku disebabkan oleh cakera lumbar hernia, penyakit cakera degenaratif, spondilolistesis istmik dan stenosis tulang belakang lumbar dan sindrom piriformis.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Kesihatan

PERASMIAN PENUTUP i-IDeA 2018

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Arau, 26 April 2018 – Bertempat di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis, perasmian penutup program i-IDeA 2018 berlangsung dengan jayanya. Program ini mendapatsambutan yang sangat menggalakkan apabila disertai oleh lebih 700 peserta.

Menerusi sambutan yang sangat menggalakkan ini, program ini secara rasminya bakal diteruskan penganjurannya pada tahun 2020 bagi kali kelima. Kejayaan ini hasil usaha ahli jawatankuasa i-IDeA 2018 dan rakan strategik yang banyak menyumbang ke arah memastikan i-IDEA 2018 mendapat kejayaan yang cemerlang.

YB Dato’ Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, ketika merasmikan majlis penutup i-IDeATM 2018 berkata bahawa program ini sangat bertepatan untuk menjadikan Malaysia negara yang mampu mencanai ilmu baharu untuk mencipta sesuatu yang kreatif bagi membolehkan rakyat memperoleh kesejahteraan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: AKTIVITI

BAWANG HUTAN ANTIBAKTERIA

Oleh: Fouziah Alet

Bawang ialah bahan yang sangat sinonim dalam ramuan masakan di Malaysia. Bawang merah, bawang putih dan bawang besar adalah antara bawang yang sering digunakan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, bawang ini juga dibuktikan mempunyai nilai dalam aktiviti biologinya.

Ada juga bawang yang jarang-jarang ditemukan, seperti bawang hutan. Walaupun tidak dikenali dengan meluasnya di Malaysia, bawang hutan atau Eleutherine palmifolia sangat dikenali di Indonesia, terutamanya di Kepulauan Kalimantan. Nama lain bagi bawang hutan ialah bawang dayak, bawang mekah, bawang hantu, bawang arab, bawang kapal dan bawang berlian.

Bawang hutan ialah tumbuhan daripada keluarga Iridaceae. Tumbuhan ini tumbuh dengan baiknya di kawasan terbuka dengan tanah yang kaya dengan humus dan kawasan yang berkelembapan tinggi. Bawang hutan tumbuh secara berkerumun, berkelompok dengan ukuran ketinggian yang mencapai lebih kurang 50 cm dan mempunyai umbi seperti bawang yang berwarna merah terang dengan permukaan yang licin. Daunnya berwarna hijau, panjang dengan hujung yang meruncing antara 15 cm – 50 cm dan lebar antara 2 cm – 5 cm. Daunnya mempunyai urat daun yang selari dan tepi daun yang licin. Bunganya pula berwarna putih.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Herba

LIMA FASA KEHILANGAN

Oleh: Wan Nur Amirah Wan Mothar

Kematian bukan suatu yang asing dalam kehidupan manusia.Semua hidupan pasti mati. Namun begitu, manusia hampirtidak diajar tentang pengurusan berita kematian, seperticara untuk menghadapinya. Pada tahun 1969, doktor psikiatri dariSweden, Elisabeth Kubler-Ross, mengetengahkan isu ini kepadadunia menerusi Model Kubler-Ross.

Lima fasa kehilangan atau dikenali sebagai Model Kubler-Ross ini terdiri daripada penafian, kemarahan, perundingan, kemurungan dan penerimaan. Elisabeth diinspirasikan oleh pesakitnya yang rata-ratanya tenat dan mencatatkan lima fasa ini dalam bukunya, On Death and Dying.

Lima fasa ini bukan langkah atau kaedah untuk mengatasi kehilangan orang yang tersayang, tetapi aturan reaksi normal yang dapat dilihat apabila seseorang itu bakal atau telah kehilangan orang yang disayanginya. Menerusi Model Kubler-Ross ini, seseorang itu dapat membantu mengurangkan dan memahami sahabat yang mengalami fasa kehilangan

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

KULAT ENTOMOPATOGENIK PENGAWAL POPULASI SEMULA JADI

Oleh: Mohd. Salleh Sanusi dan Patahayah Mansor

Ada tiga kategori utama kulat, iaitu kulat mikoriza, kulat parasit dan kulat saprofit. Kulatini hidup di sekitaran daratan, perairan darat atau lautan. Semua kulat menunjukkankepelbagaian yang menarik dari segi morfologi dan ekologi. Istilah entomopatogenikberasal daripada bahasa Greek, iaitu entomon, yang merujuk serangga dan patogenik yangbermaksud mampu menyebabkan atau menghasilkan penyakit.

Kulat entomopatogenik ialah kulat yang boleh menyebabkan penyakit kepada serangga. Kulat ini bertindak sebagai parasit terhadap serangga dan membunuh atau menghilangkan keupayaannya secara serius. Antara kumpulan serangga yang sering dijangkiti oleh kulat entomopatogenik termasuklah daripada order Lepidoptera, Hemiptera, Homoptera dan Coleoptera.

Penggunaan pelbagai jenis racunserangga kimia secara meluas olehpetani dalam kawalan serangga perosakdapat memberikan kesan buruk kepadamanusia, binatang dan alam sekitardisebabkan oleh kesan toksik. Hal ini menyebabkan serangga sasaran rintangterhadap racun, dan musuh semula jadiserangga yang bermanfaat dalam bidangpertanian, mati.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: DARIPADA FRIM

SAMPAR AYAM BOLEH DICEGAH

Oleh: Azri Adzhar

Penyakit sampar ayam dikenali dengan pelbagai nama,seperti tetelo, penyakit Ranikhet, Newcastle (ND), FowlPest atau Pseudo Fowl Plague. Walaupun berkaitandengan ayam, hampir semua spesies unggas, sepertiitik, angsa, ayam belanda, kuang, merak dan burung liar,rentan terhadap penyakit ini walaupun sedikit sahaja yangmenunjukkan gejala klinikal.

Penyakit sampar ayam direkodkan kali pertama daripada wabak yang berlaku di Pulau Jawa pada tahun 1926. Setelah itu, penyakit ini merebak di serata dunia. Dari segi ekonomi, sampar ayam penyakit paling utama dalam industri ternakan ayam. Beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak ayam dari segi langkah kawalan dan pencegahan adalah besar. Secara tidak langsung, penyakit ini menjejaskan reputasi negara yang mengeksport ayam dan produknya.

Hal ini dikatakan demikian kerana serangan virus sampar ayam menyebabkan kematian populasi ayam yang banyak dalam tempoh yang singkat dan menjadi ancaman bagi negara pengimport. Negara yang terjejas disebabkan oleh penyakit ini diletakkan dalam kategori berisiko. Selain itu, hasilan daripada industri ini dikenakan saringan keselamatan kesihatan haiwan atau dilarang untuk diimport.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Veterinar

KELAWAR PEMAKAN BUAH PENYEBAR BIJI BENIH

Oleh: Nor Hazwani, A. R., Shahfiz, M. A., Kaviarasu, M., Nur Alwani, Z. dan Noor Faradiana, M. F.

Kelawar satu-satunya mamalia yang berkebolehan untuk terbang seperti burung. Hal ini dikatakan demikian kerana kelawar mempunyai otot seperti tangan yang berubah suai menjadi sayap. Berbeza daripada sayap burung yang berbulu pelepah, kelawar mempunyai sayap yang terdiri daripada membran yang meliputi 85% daripada jumlah saiz badan kelawar dan mampu menampung berat badannya ketika terbang.

Selain kelawar, masyarakat sering beranggapan bahawa ada spesies mamalia lain yang berkebolehan untuk terbang, seperti tupai terbang merah (Petaurista petaurista) dan kubung (Galeopterus variegatus). Namun begitu, spesies ini tidak mempunyai otot seperti kelawar, sebaliknya lebihan kulit yang menyebabkan spesies ini berupaya untuk meluncur di udara berbanding dengan keupayaan untuk terbang. Malaysia mempunyai 128 spesies kelawar. Daripada jumlah ini, 106 spesies dari Semenanjung Malaysia dan 92 spesies dari Sabah dan Sarawak.

Kelawar hidupan liar yang dikelaskan di bawah Order Chiroptera yang dibahagikan kepada dua suborder, iaitu Megachiroptera (kelawar pemakan buah) dan Microchiroptera (kelawar pemakan serangga). Di Malaysia, hanya satu keluarga Pteropodidae yang tergolong di bawah suborder Megachiroptera yang terdiri daripada 18 spesies.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: DARIPADA FRIM

KEHAMILAN KEMBAR

Oleh: Nik Hazlina Nik Hussain

Kehamilan kembar ialah kehamilan yang janinnya lebih daripada satu. Berdasarkan rumusHellin, kebarangkalian kehamilan kembar dua ialah satu dalam 80 kehamilan, kembar tigaialah satu dalam 80 kehamilan berganda dua, kembar empat pula ialah satu dalam 80kehamilan berganda tiga dan seterusnya. Secara umumnya, kehamilan kembar terbahagi kepadadua jenis, iaitu monozigotik dan dizigotik.

Kembar monozigotik ialah kembar yang berasal daripada satu ovum (telur) yang disenyawakan bersama-sama dengan satu sperma (benih lelaki), kemudian membesar dan terpisah menjadi dua janin. Kembar ini dikenali sebagai kembar seiras kerana mempunyai genetik atau baka yang sama. Kembar jenis ini mungkin mendapat janin yang mempunyai jantina dan paras rupa yang sama.

Ada kes kembar monozigotik ini tidak terpisah sepenuhnya dan kekal melekat pada sebahagian anggota badan ketika dilahirkan. Kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Istilah ini diambil bersempena dengan sepasang kembar siam, iaitu Chang dan Eng Bunker. Kembar siam pertama ini dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

RUDRAKSHA BERSIFAT PARAMAGNETIK

Oleh: Chua Hun Pin

Pokok rudraksha daripada genus Elaeocarpusialah spesies pokok berkayu keras daripadakeluarga Tiliaceae. Kini, dianggarkan lebih kurang360 spesies Elaeocarpus tumbuh di kawasan tropikadan subtropika, termasuklah Nepal, Indonesia, India,Malaysia, China Selatan, Myanmar, Thailand, Australiadan Kepulauan Pasifik. Habitat pokok ini agak meluas,merangkumi dataran rendah sehingga tanah tinggi yangketinggiannya 2000 meter dari aras laut.

Pokok rudraksha bercirikan pohon berbatang tegak dengan ketinggian antara 10 m – 30 m. Daunnya berwarna hijau segar ketika muda. Secara bertahap, daun ini berubah menjadi merah seluruhnya sebelum gugur. Pokok rudraksha yang matang mengeluarkan bunga putih yang berbentuk loceng. Buah rudraksha berbentuk bulat dengan diameter antara 1.5 cm – 2.5 cm. Nama Elaeocarpus bermaksud buah berminyak berdasarkan bentuknya yang mirip buah zaitun.

Secara tradisionalnya, manik rudraksha dirangkaikan untuk membentuk kalung atau gelang sebagai mala atau tasbih bagi tujuan meditasi. Manik rudraksha juga digunakan dalam pembuatan aksesori fesyen dan hiasan diri, seperti anting-anting dan loket.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Flora

BADAI MATAHARI PASTI BERLAKU

Oleh: Ramli Abu Samad

Matahari objek bebola yang terdiri daripada gas hidrogen dan helium, juga sebutir bintangdalam kategori bintang sederhana atau sedang di alam sejagat. Matahari ialah indukbagi sembilan planet yang mengelilinginya dalam sistem Tatasuria dan jisim yang palingbesar, iaitu lebih kurang 99.8% berbanding dengan semua jisim lain yang ada di dalam sistem ini.

Matahari juga dikenali sebagai kawah nuklear. Bintang ini menjana pelakuran nuklear sejak kewujudannya, iaitu lebih kurang lima bilion tahun yang lalu. Kerja rutinnya ialah penyemburan haba, cahaya, gas panas, angin suria dan pelbagai radiasi ke alam suria. Kerja suria ini berterusan dalam tempoh 4.5 bilion tahun lagi sebelum mengalami proses supernova yang menjadi ketibaan ajalnya.

Matahari mengawal peredaran semua planet. Semua gerakan menjadi teratur disebabkan oleh gaya graviti Matahari. Bumi bergerak dengan kelajuan 108 ribu kilometer sejam dalam satu perjalanan yang melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari. Matahari pula bergerak pada kelajuan 50 kilometer sesaat untuk mengikuti graviti pusat pada galaksi Bimasakti.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Angkasa