Adaptasi dalam Menghadapi Perubahan Iklim

Oleh Abdul Rahman Mahmud

Sejak meletusnya revolusi industri, keghairahan manusia untuk mengeksploitasi hasil alam semakin terserlah. Misalnya, kegiatan perlombongan bijih timah, arang batu, gas asli dan minyak petroleum dilakukan secara besar-besaran. Penggunaan tenaga yang meningkat secara eksponen sejak berlakunya ledakan aktiviti perindustrian menyebabkan ruang atmosfera diisi dengan ribuan tan gas rumah kaca.

Sejak tahun 1850 – 2005, kenaikan purata suhu dunia dilaporkan meningkat sebanyak 0.76°C. Walaupun peningkatan ini kecil, setiap kenaikan suhu dunia akan menimbulkan pelbagai implikasi terhadap kehidupan manusia.

Dalam hal ini, Profesor James Hansen, pengkaji perubahan iklim telah menukilkan kebimbangannya terhadap implikasi perubahan iklim dalam bukunya, The Storm of My Grand Children. Beliau menegaskan bahawa hari-hari mendatang dalam mendepani kesan perubahan iklim bagaikan meniti bukit curam yang amat licin dan berliku.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik November 2011.

Posted in: Penyelidikan

Satu Maklum Balas to “Adaptasi dalam Menghadapi Perubahan Iklim”

  • Setelah mengikuti beakempangrn debat/dialog /diskusi tentang apa yang dikatakan Sains Barat dan Sains Islam maka saya mencadangkan pihak-pihak yang terlibat mendapatkan dan menonton video Harun Yahya yang memaparkan tentang makhluk haiwan yang mengurus kehidupan mereka.Dalam video itu di tunjukkan kecerdikan haiwan membina penempatan dan tamaddun mereka sendiri.Lalu di lontarkan soalan Siapa memberi ilham kapada haiwan2 ini? Tentulah jawapan nya Allah’.Begitu juga manusia Allahlah yang memberi ilham’ kepada manusia membina tamaddun mereka dari dahulu hingga sekarang.Janganlah mendabik dada mengatakan bahawa manusia yang mendapat ilmu semata2 akal sendiri.Jadi hentikan debat yang sia2 ini dan akurlah bahawa samaada Barat atau Timur,Islam atau tidak semuanya dari Allah jua seperti mana Firman Allah dalam Surah al Jaathiyah 36-37:Segala puji bagi Allah,Tuhan(pemilik)langit dan bumi,Tuhan seluruh alam.Dan hanya bagi-Nya segala keagungan di langit dan di bumi,dan Dialah Yang Mahaperkasa ,Mahabijaksana.

Hantar Maklum Balas Anda