Ayam Pegar Makan Padi?

Oleh Jasmi Abdul

Ayam pegar atau Lopura ignita atau Crested-Fireback Pheasant ialah satu daripada spesies burung liar yang tercantik di Malaysia. Ayam pegar digolongkan dalam keluarga Phesanidae, bersama-sama dengan burung kuang raya, kuang cermin, kuang gunung, merah mata dan ayam hutan.

Spesies ini dapat ditemukan di kawasan hutan tanah pamah di Malaysia. Saiz badan ayam pegar dan ayam kampung sama, tetapi warna bulunya berbeza. Burung jantan mempunyai bulu yang sangat menarik, iaitu bulu kepaknya berwarna biru hitam berkilat, seperti baldu. Warna bulu ekor utamanya pula berwarna putih melepak.

Pada musim mengawan, corak bulu ini bertukar menjadi lebih menarik, seperti baldu biru kehitam-hitaman yang berkilat. Ada sekelompok bulu berwarna merah menyala pada bahagian atas pinggangnya. Burung jantan pula mempunyai jambul yang cantik. Jambul ini kembang dan berambu pada bahagian atasnya.

Sementara itu, pada bahagian muka burung ini ada kulit yang berwarna biru nila. Burung ini seolah-olah memakai topeng yang dipakai oleh peragawati ketika perarakan pesta Mardi Gras di New Orlean, Amerika Syarikat (AS). Warna biru kulit muka burung ini lebih menyerlah pada musim mengawan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Bil 5 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Konservasi

Hantar Maklum Balas Anda