HABLUR NANO DAN PENCIRIAN ELEKTRIK

Pada zaman ini, penghasilan bahan nano menjadi agenda utama yang perlu dititikberatkan. Dunia nano makin bersinar saban hari apabila aspek moden, ringkas, ringan dan kecil tetapi dapat memberikan tenaga keupayaan yang sangat tinggi dijadikan sebagai matlamat. Pencirian bahan nano meliputi pelbagai aspek, seperti optik, morfologi dan elektrik. Pencirian elektrik sangat diminati oleh penyelidik kerana walaupun tenaga yang diperlukannya sedikit, hasilnya sangat mengujakan penyelidik.

Biasanya, kekonduksian dan kerintangan ialah sifat penting untuk menggambarkan sesuatu bahan. Secara lazimnya, bagi peranti konduktif yang baik, bukan sahaja pembahagian kecekapan cas, kecekapan pengangkutan pembawa cas elektrod juga diperlukan.

Ciri konduktif yang baik ini dipengaruhi oleh peningkatan dan pengurangan arus yang berpunca daripada keadaan terperangkap atau pusat rekombinasi yang berada di kawasan tenaga terlarang. Kerintangan pula ialah sifat intrinsik yang menyatakan kuantiti kekuatan bahan yang menentang aliran arus elektrik. Jika sesuatu bahan mempunyai kerintangan yang rendah, bahan itu membenarkan pergerakan cas elektrik.

Perbezaan dapat dilihat dari segi pergerakan elektron yang terhasil dalam sesuatu bahan. Berdasarkan Rajah 1, pergerakan elektron dalam keadaan pukal atau rumpun nano adalah secara rawak, iaitu secara gerakan Brownion. Namun begitu, dalam bentuk hablur nano, ada faktor pengehad dalam pergerakan elektron dari satu rumpun ke satu rumpun nano yang lain.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Oktober 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Fizik

Hantar Maklum Balas Anda