TEKNOLOGI BIAKBAKA

Sektor pertanian mempunyai peranan yang signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara. Berdasarkan laporan Bank Negara (BNM), prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2014, antara lainnya, disokong tinggi oleh sektor pertanian dengan
pertumbuhan sebanyak 2.6 peratus. Perkembangan memberangsangkan ini secara keseluruhannya tidak dapat menafikan peranan bidang pembiakbakaan sebagai faktor
penyumbang kemajuan dalam sektor pertanian.

Perkembangan memberangsangkan ini secara keseluruhannya tidak dapat menafikan peranan langsung bidang pembiakbakaan sebagai faktor penyumbang kemajuan sektor pertanian.

Istilah biakbaka sering berubah dari masa ke masa. Dahulu, istilah ini biasa ditulis sebagai baikbiak. Kemudian diubah menjadi baikbaka dan terkini biakbaka. Biakbaka merupakan subjek yang amat menarik untuk dipelajari. Bidang ini dapat didefinisikan sebagai bidang ilmu sains gunaan dalam pengkajian dan pengubahan kandungan genetik (genotip) tumbuhan atau haiwan supaya penghasilan ciri kualitatif atau kuantitatif yang diinginkan dapat dihasilkan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, November 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Bioteknologi

Hantar Maklum Balas Anda