DI BALIK KEBAIKAN SOYA

Soya diuar-uarkan sebagai makanan yang kaya protein dankaya asid lemak tidak tepu yang mampu mengurangkanrisiko penyakit jantung dan mencegah kanser payudara. Secara hakikatnya, soya ialah bahan buangan daripada proses pengekstrakan minyak soya. Berdasarkan sejarah, kacang soya hanya digunakan sebagai kaedah biologi untuk mengembalikan khasiat nitrogen pada tanah di Asia pada zaman dahulu.

Soya dikategorikan sebagai makanan untuk manusia setelah melalui proses penapaian. Hal ini bermaksud tempe dan kicap soya ialah makanan berkhasiat kerana melalui proses penapaian. Walau bagaimanapun, kebaikan kicap soya masih diragukan kerana kandungan pewarna, pengawet dan garam terlalu tinggi. Natto, sejenis makanan Jepun dan mito (makanan bagi penduduk Hong Kong) juga diperoleh daripada soya menerusi proses penapaian.

Secara definisinya, penapaian ialah proses yang melibatkan penukaran bentuk bahan makanan yang melibatkan mikroorganisma (selalunya yis). Menurut ahli sains Jepun, soya dikategorikan sebagai racun jangka panjang kerana pengubahsuaian genetik yang dilakukan terhadapnya. MONSANTO (syarikat multinasional pertanian bioteknologi) mengawal hampir 90 % genetik semua biji benih tanaman. Hampir 95 % biji benih soya menjalani proses pengubahsuaian genetik. Soya juga satu daripada makanan yang sangat tinggi dicemari oleh pestisid (racun perosak).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Pemakanan

Hantar Maklum Balas Anda