KHAZANAH DIGITAL KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Data ialah khazanah baharu yang pesat diterokai di seratadunia, sama ada di laman sosial atau menerusi penggunaanpelbagai aplikasi. Data yang berkait dengan aplikasi dilombongbagi menerbitkan maklumat yang ditambah nilai, seperti tabiatpembelian dan kecenderungan terhadap barang tertentu. Dataini dianalisis oleh pelbagai algoritma sains maklumat.
Hasil analisis ini pula berupaya menjana pendapatan kewangan. Sebagai contohnya, pemasaran khusus sasaran, iaitu iklan yang ditujukan kepada pengguna berasaskan maklumat tabiat pembelian. Maklumat yang diperoleh daripada analisis data ini juga menjadi komoditi yang dapat dijual beli oleh syarikat bagi tujuan pemasaran dan pembangunan produk. Bidang biologi dan sains kesihatan juga tidak ketinggalan dengan perkembangan perlombongan data yang menggunakan sains maklumat ini.
Data biologi wujud dalam pelbagai bentuk. Antara jenis data biologi yang paling lazim dan banyak termasuklah maklumat jujukan atau turutan molekul DNA. Asid deoksiribonukleik (DNA) ialah bahan baka untuk kehidupan. DNA ialah rantaian molekul yang dikenali sebagai bes.
Seluruh kandungan genetik atau DNA yang ada di dalam organisma pula dikenali sebagai genom. Secara asasnya, genom ialah pelan yang mengandungi maklumat lengkap untuk membina dan mengoperasikan organisma hidup. Suatu jujukan genom lengkap bagi hidupan yang ringkas, seperti bakteria, terdiri daripada jutaan bes.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Bioteknologi

Hantar Maklum Balas Anda