BUAH NAGA ANTITOKSIK

Secara umumnya, buah naga ialah tanaman baharu yang hanya diterokai oleh sebahagian kecil petani di Malaysia. Jika dibandingkan dengan tanaman komoditi yang lain, seperti kelapa sawit dan getah, kadar penanaman buah naga sangat rendah dan masih belum meluas. Walau bagaimanapun, kini, buah naga menjadi antara buah kegemaran yang makin mendapat perhatian di Malaysia kerana warnanya yang menarik, rasanya yang manis dan kandungan seratnya yang tinggi.
Berdasarkan sejarah, buah naga berasal dari negara Amerika Latin, seperti Chile, Argentina, Peru dan Mexico. Pada permulaannya, buah ini dibawa ke Vietnam hanya sebagai tanaman hiasan. Namun begitu, permintaan yang drastik menyebabkan buah naga ditanam secara besar-besaran. Pada masa ini, selain menjadi pengeksport buah naga, Vietnam antara pengeluar utama buah naga di dunia.
Pokok buah naga dikelaskan sebagai tumbuhan epifit separa yang memanjat dan menjulur untuk mendapatkan sokongan daripada pokok, kayu atau batu dinding. Pokok buah naga tidak sesuai ditanam di atas tanah secara mendatar atau rata kerana menyebabkan pendebungaan dan penuaian lebih sukar.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Hantar Maklum Balas Anda