LANJUT USIA PENYEBAB BUTA

Puan Nani bertugas sebagai guru dan bersara sejak lima tahun yang lalu. Sejak setahun yang lalu beliau sering mengalami masalah pelihatan. Setiap kali suatu objek dipandang, ada tompok hitam pada bahagian tengah objek yang dapat dilihatnya. Tompok hitam ini makin hari makin lebih kehitamannya.

Sejak akhir-akhir ini pula, selain kehadiran tompok hitam, objek yang dilihatnya kelihatan tidak sempurna dan remuk. Garisan yang lurus kelihatan bengkok. Oleh sebab pandangan begini mengganggu pelihatan, Puan Nani pergi menjalani pemeriksaan mata. Berdasarkan pemeriksaan mata, doktor mata mengesahkan bahawa mata beliau mengalami degenerasi makula berkaitan umur.

Degenerasi makula berkaitan umur ialah penyakit mata. Bagi penyakit ini sel mata pada lapisan retina pada kawasan makula mengalami degenerasi. Degenerasi ialah keadaan sel menyusut dan mati. Faktor utama yang menyebabkan degenerasi makula ialah usia yang lanjut.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Oftalmologi

Hantar Maklum Balas Anda