MIGRAIN SAKIT BERULANG

Sakit kepala antara aduan yang sering didengari dalamkehidupan masyarakat. Ada banyak punca yang dapatmenyebabkan sakit kepala. Setiap punca ini mempunyai ciriyang tersendiri. Sakit kepala yang berpunca daripada migrainialah satu daripada penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakatdi seluruh dunia. Serangan migrain yang pertama biasanyamenyerang seseorang individu daripada usia awal dewasa hinggaberusia 40 tahun.
Secara biasanya, sakit kepala yang disebabkan oleh migrain hanya menyerang sebahagian kepala, sama ada kanan, kiri atau depan. Migrain ialah suatu keadaan yang berulang-ulang. Setiap kali diserang oleh migrain, sakit kepala ini dapat berlanjutan dalam tempoh antara empat jam hingga 72 jam. Sakit kepala ini berlarutan secara perlahan-lahan dan berdenyut-denyut.
Selain itu, pesakit berasa lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi yang kuat. Malah, pesakit juga mungkin berasa loya, muntah, berpeluh-peluh, tidak selesa pada abdomen dan letih tubuh badan. Gerakan yang cepat dan aktiviti yang berat dapat menyebabkan serangan migrain bertambah teruk. Migrain dapat menjejaskan aktiviti harian dan mengurangkan produktiviti seseorang.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Kesihatan

Hantar Maklum Balas Anda