PEMAKANAN BAGI DIET RENDAH KOLESTEROL DAN LEMAK

Lemak satu daripada sumber tenaga paling tinggi dalam tubuh badan manusia. Oleh sebab itu, lemak hanya boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana pengambilan lemak yang berlebihan membahayakan tubuh badan.

Ada tiga bahagian lemak, iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. Lemak tepu lemak yang ada pada sumber haiwan dan tumbuhan. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan dapat meningkatkan aras kolesterol dalam darah. Antara sumber lemak tepu termasuklah mentega, minyak sapi (Ghee), lemak haiwan, santan, krimer dan susu penuh krim.

Lemak tak tepu pula lemak yang membantu menurunkan aras kolesterol dalam darah. Lemak ini tidak sesuai digunakan untuk menggoreng (goreng jeluk) kerana penggunaan lemak tak tepu pada suhu yang tinggi menyebabkan lemak tak tepu bertukar menjadi lemak trans. Jika lemak tak tepu bertukar menjadi lemak trans, paras kolesterol dalam darah meningkat dan dapat membahayakan tubuh badan.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Pemakanan

Hantar Maklum Balas Anda