KYLLINGA AGEN PENENANG

Tumbuhan herba, Kyllinga dinamakan sempena nama ahli botani, Peder Lauridsen Kylling, oleh Kristen Friis Rottboll, ahli botani, dari Denmark. Tumbuhan ini ada banyak kepentingan, iaitu dalam bidang perubatan dan pemakanan, serta sebagai alat pewangi. Klingga dapat ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar.

Selain tumbuhan herba, Kyllinga juga dikenali sebagai rumput dan digunakan sebagai tanaman hiasan. Ada pelbagai jenis nama tempatan bagi Kyllinga. Antaranya termasuklah green kyllinga atau white kyllinga, jukut pendul, sui wu gong, bosikad, tuise, pakopako, mo’u upo’o, anuang dan nirbishi.

Dalam konteks taburan populasi, tumbuhan ini ditemukan di Amerika Syarikat, Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, Australia, dan kepulauan Pasifik. Tergolong dalam keluarga Cyperaceae, Kyllinga dianggarkan ada lebih kurang 5000 spesies dengan 100 genus tumbuhan yang ada di dalamnya.

Ada antara 40 spesies hingga 45 spesies tumbuhan ini di merata-rata dunia. Kepelbagaian spesies tumbuhan ini yang paling banyak, iaitu dengan jumlah antara 30 spesies hingga 35 spesies didapati di kawasan Timur Afrika dan Madagaskar. Lapan spesies ditemukan di kawasan Asia Tenggara, antara tiga spesies hingga empat spesies di kawasan Asia dan dua spesies di kawasan Australasia. Dua spesies yang endemik juga ditemukan di Kepulauan Hawaii.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Flora dan Fauna

Hantar Maklum Balas Anda