DISFUNGSI MITOKONDRIA PENYEBAB TUMOR OTAK

Banyak orang yang tidak mengetahui penyakit tumor otak yang kian membarah secara terperinci. Tumor otak atau neoplasma otak ialah satu daripada kanser yang sangat berbahaya dan mampu mengancam nyawa. Penyakit ini dapat berlaku apabila ada bahagian otak yang membengkak disebabkan oleh pertumbuhan jisim tisu yang terbentuk daripada pengumpulan sel yang tidak normal.

Pada dasarnya, sel dalam badan mengalami proses penuaan dan mati, seterusnya digantikan oleh sel baharu. Namun begitu, dengan kehadiran kanser dan tumor lain, kitar ini terganggu. Sel tumor tidak mati seperti sel normal. Apabila proses ini berterusan, sel ini terus berkembang kerana makin banyak sel ditambah kepada jisim ini.

Tumor otak bermula daripada tumor yang kurang berbahaya (benigna) kepada tumor yang bahaya (malignan). Jika tumor yang kurang berbahaya dihidapi, pesakit masih dapat dirawat.

Namun begitu, keadaan ini mampu mengancam nyawa, jika tumor ini membesar atau berlaku pada bahagian kritikal otak, seperti pons atau medula. Tumor malignan pula sangat berbahaya dan berpotensi meragut nyawa, jika langkah segera tidak diambil.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Jun 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Neuron

Hantar Maklum Balas Anda