PERINTIS KEMUDAHAN VOLTAN DAN ARUS TINGGI

Satu daripada bidang kejuruteraan yang sangat memberikan sumbangan kepada penduduk dunia ialah kejuruteraan elektrik. Semua kemudahan di dalam negara, termasuklah alatan canggih, memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi secara sepenuhnya.

Di Malaysia, tenaga elektrik penting sejak dahulu. Pada awal abad ke-20, jana kuasa elektrik digunakan untuk menjalankan operasi perlombongan. Perkembangan pesat dalam bidang kejuruteraan elektrik tidak pernah berhenti. Ada sahaja penemuan terbaharu dan kajian terkini untuk memajukan bidang kejuruteraan ini.

Malaysia tidak terkecuali daripada usaha untuk memajukan bidang kejuruteraan elektrik. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menerusi Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT), Fakulti Kejuruteraan Elektrik, giat melakukan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan elektrik, di samping menyediakan kemudahan, peralatan dan tenaga kerja yang pakar seawal era 1970-an lagi.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Jun 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

Hantar Maklum Balas Anda