NASOMETER MENGUKUR TAHAP KESENGAUAN

Deskripsi bunyi bagi suatu sebutan dapat ditafsirkan dengan menggunakan kesan pendengaran yang dapati dalam proses penuturan bunyi ini. Dalam penjelasan bunyi bahasa, cara bunyi dituturkan, bahagian sebutan yang terlibat, alat sebutan yang digunakan, dan sama ada pita suara digetarkan atau tidak, dideskripsikan.

Ada beberapa organ yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi bahasa secara langsung dan tidak langsung. Lidah ialah organ utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, organ lain dalam rongga mulut turut berperanan dalam penghasilan bunyi. Antaranya termasuklah lelangit, gigi dan gusi. Lidah amat aktif digunakan dalam penghasilan bunyi.
Ada tiga daerah daun lidah, iaitu hujung lidah, bahagian hadapan lidah dan belakang lidah. Setiap bahagian ini berfungsi untuk memudahkan pendeskripsian penghasilan bunyi. Gigi juga turut digunakan untuk menghasilkan bunyi. Walaupun gigi dikategorikan sebagai organ sebutan pasif, gigi berfungsi sebagai pengawal aliran udara yang keluar daripada paru-paru.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Jun 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Hantar Maklum Balas Anda