FRIM PCS Kunci Ergonomik

Berdasarkan definisi ErgonomicsSociety UK (1984), makna dan tujuanergonomik adalah untuk memastikanperalatan, kemudahan, proses dan sistem yang digunakan oleh manusia
dalam pelaksanaan aktiviti atau ketika berinteraksi, dapat digunakan secara serasi dan selesa.
Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap perlakuan dalam tempoh yang lama, seperti duduk di dalam bilik darjah bagi seorang murid, dapat dilakukan secara selesa, selamat dan berkesan. Oleh hal yang demikian, ergonomik penting dalam jaminan keselamatan, kesihatan, keselesaan, keberkesanan dan kualiti pengguna.
Yang sebenarnya, sistem ergonomik diadaptasikan kepada perabot sekolah yang berasaskan kayu, seperti kerusi dan meja murid. Kedua-dua peralatan ini perlu disediakan kepada murid untuk mengelakkan kecederaan dalam tempoh yang panjang, selain menjamin keselamatan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid belajar dan menulis dengan cara duduk bersila di atas lantai pada setiap hari dalam tempoh enam jam. Rutin ini diteruskan dalam tempoh 180 hari waktu persekolahan setahun, bermula dari prasekolah sehingga tamat sekolah menengah. Situasi ini memberikan kesan yang negatif terhadap murid. Dalam konteks ini, murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, mengalami rasa sakit
pada bahagian tertentu, terutamanya tulang belakang, dan tertekan yang menjurus kepada tidak minat untuk pergi ke sekolah.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: DARIPADA FRIM

Hantar Maklum Balas Anda