KESEIMBANGAN WAU DI UDARA

Permainan wau atau layang-layangtidak begitu mudah untuk dikendalikanoleh pemain biasa. Pemain perlumemastikan keadaan angin sebelumcuba menerbangkan sekeping kertasyang diikat pada lidi buluh, iaitubusurnya. Setiap wau atau layanglayangmemerlukan gerakan angin yangberbeza-beza bergantung pada bentukdan jisim wau atau layang-layang.Wau atau layang-layang yangberjisim agak ringan memerlukan halajuangin yang perlahan. Secara lazimnya,wau atau layang-layang jenis ini direkadengan keperluan gerakan angin yangsederhana, iaitu antara 4 mph hingga10 mph. Kelajuan angin ini dapatdiukur secara praktikal, iaitu berasakedinginan angin yang menyapu muka.Secara amnya, kelajuan angin dengankelajuan antara 4 mph hingga 7 mphdapat menyebabkan bendera berkibarperlahan, manakala kelajuan anginantara 8 mph hingga 12 mph mampumenerbangkan daun daripada pokok.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

Hantar Maklum Balas Anda