PEMAKANAN SIHAT PESAKIT GOUT

Pada kebiasaannya, sendi yangterlibat ketika serangan gout ialah jaritangan atau kaki, lutut dan pergelangantangan. Walau bagaimanapun,tempat serangan gout antara setiapindividu tidak sama. Pendekatanrawatan penyakit gout adalah untukmenghilangkan rasa sakit danmengurangkan serangan gout berkalikali.
Secara biasanya, serangan gout boleh berkurang menerusi pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor, serta mengawal pengambilan makanan yang boleh menyebabkan pesakit gout mendapat serangan gout semula.
Penyakit gout lebih berisiko pada lelaki, terutamanya yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah
keluarga yang menghidap penyakit gout, obesiti, berlebihan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat, seperti makan secara berlebihan, mengambil minuman beralkohol dan stres. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin pada setiap hari juga mampu meningkatkan kandungan asid urik di dalam tubuh badan.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

Hantar Maklum Balas Anda