PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF PENTING

Di Malaysia, penggunaan sinaranmengion dalam apa-apa jua bidangtertakluk di bawah Akta PerlesenanTenaga Atom (1984) atau lebih dikenalisebagai Akta 304. Takrifan sisa radioaktifdalam Akta 304 ialah apa-apa jua sisayang mengandungi satu daripadatiga jenis bahan. Yang pertamanya,bahan radioaktif. Yang keduanya,bahan tercemar ketika penghasilan,penyimpanan atau penggunaan bahanradioaktif. Yang ketiganya, bahantercemar yang bersentuhan atau yangdisebabkan oleh sisa radioaktif. Olehsebab kewujudan kepelbagaian risikoyang boleh berpunca daripada sisaradioaktif ini, pengurusannya perlumenepati piawaian antarabangsa.
Secara amnya, pengurusan sisa radioaktif merangkumi perlindungan terhadap manusia dan alam sekitar.
Namun begitu, perkara utama yang sering dikemukakan ketika perbincangan tentang pengurusan sisa radioaktif ialah perlindungan terhadap generasi akan datang. Penyelidik di Malaysia juga dapat tidak lari daripada landasan prinsip ini untuk memastikan generasi akan datang tidak dibebankan dengan masalah penghasilan sisa radioaktif pada masa ini.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

Hantar Maklum Balas Anda