LELAKI OREOCHROMIS

Dia meneliti kedua-dua belah tangan dan kakinya. Kemudian,dia menyelak bajunya sedikit dan memeriksa tubuhnyapula. Dia berasa bahawa dirinya berubah menjadi manusiamutan. Hal ini dikatakan demikian kerana badannya bersisik. JikaXavier’s School for Gifted Youngsters seperti dalam filem X-Menwujud, kini dia layak diterima di sekolah ini.
Kuasa hebat? Mungkin disebabkan oleh sisik yang tebal, dia kebal daripada serangan penjenayah. Kini, dia tidak perlu menuntut ilmu silat petala kelapan untuk menjadi kebal. Atau, dia juga mampu berenang seperti ikan jerung yang bersisik seperti bentuk gigi. Dia pernah terbaca bahawa ikan jerung berupaya memecahkan aliran air, lalu mengurangkan geseran antara air dengan tubuhnya. Oleh sebab itu, jerung dapat berenang pantas hingga mencecah 50 kilometer sejam.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Cerpen

Hantar Maklum Balas Anda