TERDESAK UNTUK LANGSING

Lemak ialah suatu keperluan, tetapi pada kadaryang sepatutnya. Keperluan ini berbeza-beza dan bergantungpada faktor tertentu. Bagi orang yang hidup di tempat yang iklimnyarendah, lemak diperlukan sebagai penebat. Penebat ini menghalangpembebasan haba dan melindungi badan daripada kesejukan.Secara umumnya, kanak-kanak perempuan mempunyaikandungan lemak yang sama dengan kanak-kanak lelaki. Hal iniberlarutan sehingga kanak-kanak itu berusia enam tahun. Setelahberumur lapan tahun, sel lemak yang dimiliki oleh kanak-kanakperempuan berkembang dan membesar. Jumlah sel lemak pulamasih kekal sama.Setelah baligh, kadar lemak wanita meningkat dua kali kadarlemak lelaki. Lemak yang makin bertambah ini tertumpu pada bawahbadan, paha, pinggul dan punggung. Peningkatan kadar lemak inibukan berlaku tanpa tujuan, sebaliknya dijadikan sebagai simpanansebelum digunakan oleh wanita apabila menyusukan anak.Cantik dan langsing pula ialah keinginan bagi setiap wanita.Hal ini dikatakan demikian kerana dua perkara ini asas utama yangdapat meningkatkan daya tarikan wanita. Hal ini bermula daripadakanak-kanak, remaja, sehingga dewasa. Malah, apabila bergelarwarga emas, masih ada wanita yang mahu kekal kelihatan cantik danlangsing sehingga akhir hayatnya.Apabila kaedah diet cacing pita diperkenalkan, terbukti bahawabentuk badan yang langsing tetap dijadikan sebagai indeks prestasiutama yang perlu dicapai. Dalam hal ini, kebijaksanaan manusiauntuk memanfaatkan hubungan antara perumah dengan parasitsebagai kaedah diet, sangat terserlah.Secara teorinya, kaedah ini sangat berkesan. Namun begitu,kesan negatif pengambilan cacing pita juga sangat berkesan, iaitusangat memudaratkan. Cacing pita yang hidup di dalam usussentiasa berkembang biak. Pertambahan populasi cacing pitamemerlukan pertambahan bekalan makanan untuknya. Padatahap tertentu, apabila manusia tidak mampu lagi makan denganbanyaknya, cacing pita ini mengganggu tubuh manusia.Oleh sebab itu, yang penting ialah tahap kesihatan yang baik,bukannya kelangsingan badan. Ada banyak orang yang langsing,tetapi tidak sihat. Begitu juga, ada orang yang tidak langsing, tetapisihat. Dengan tahap kesihatan yang baik, segala aktiviti dapatdilakukan dengan sempurnanya.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Oktober 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor

Hantar Maklum Balas Anda