HUJAN METEOR LYRID

Oleh: Kassim Bahali

Meteor Lyrid.

Kemunculan tahi bintang atau meteor ialah fenomena yang menarik di langit pada waktu malam. Meteor kelihatan seperti kilauan cahaya terang yang melintasi langit dengan lajunya dan hilang di hujung laluannya dalam tempoh yang singkat. Selang beberapa minit kemudian, kejadian seperti ini berlaku lagi.

Fenomena meteor berlaku pada setiap malam, tetapi bilangannya tidak menentu. Bahkan, fenomena meteor juga berlaku pada waktu siang, tetapi tidak kelihatan disebabkan oleh cahaya matahari yang sangat terang. Ada fenomena meteor yang berlaku dalam tempoh tertentu dan bilangannya agak banyak. Bilangan meteor yang banyak dalam satu malam dikenali sebagai hujan meteor dalam kalangan ahli astronomi kerana kelihatan seperti air hujan semasa memasuki atmosfera.

Ada beberapa kumpulan meteor yang utama dalam setahun yang terdiri daripada Lyrid (April), Delta Aquarid (Julai), Perseid (Ogos), Leonid (November) dan Geminid (Disember). Bilangan meteor ini dapat mencecah antara 20 – 50 meteor sejam. Jika bilangan meteor terlalu banyak sehingga mencapai antara 10 – 20 meteor sesaat, fenomena ini dikenali sebagai ribut meteor.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik April 2018

Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda