Poliglot Kuatkan Ingatan

Oleh: Fatin Nur Na’iemah Mohd. Nasir

Poliglot ialah seseorang yang mampu berkomunikasi dalam banyak bahasa. Pembelajaran bahasa mampu memberikan impak positif yang merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seseorang, khususnya yang melibatkan komunikasi dengan dunia luar dan budaya masyarakat. Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa berkait rapat dengan integrasi manusia dari seluruh pelosok dunia.

Dari sudut sains, pembelajaran bahasa ialah satu daripada kaedah senaman otak. Hal ini menyebabkan otak lebih kuat dari sudut kepandaian, daya ingatan dan daya tumpuan. Hal ini dikatakan demikian kerana proses untuk memahami suatu bahasa ialah proses yang kompleks bagi otak manusia. Hal ini mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia dalam tempoh 4.5 tahun.

Dalam hal ini, kajian dilakukan di Sweden terhadap anggota tentera muda dari segi pembelajaran bahasa asing. Dalam kajian ini, saiz otak diukur sebelum dan selepas tiga bulan tentera ini menjalani latihan intensif bahasa. Berdasarkan laporan MRI, otak tentera ini mengalami pertambahan saiz pada bahagian hipokamus. Hal ini mempunyai kaitan dengan pembelajaran bahasa. Kadar perkembangan otak pula bergantung pada daya usaha seseorang.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Hantar Maklum Balas Anda