GELANG ZUHAL INDAH

Oleh: Kassim Bahali

Zuhal planet yang menarik dengan bentuk dan warnanya yang istimewa. Jika dilihat dengan menggunakan binokular atau teleskop kecil, planet ini dikelilingi oleh gelang yang cantik. Orientasi gelang Zuhal berubah seiring dengan sudut kemiringan yang berubah dari semasa ke semasa.

Pada bulan Jun 2018, Zuhal berpeluang dilihat kerana Zuhal mendekati Bumi. Zuhal dan Bumi berada pada jarak yang dekat pada tarikh tertentu, iaitu pada kedudukan Istiqbal. Fenomena Istiqbal merujuk kedudukan jasad samawi, seperti planet, di dalam sistem suria yang berada dalam keadaan bertentangan dengan Matahari atau pada sudut longitud samawi, 180 darjah. Apabila Zuhal mengalami Istiqbal, Bumi berada di tengah-tengah antara Zuhal dengan Matahari. Ketika kedudukan ini, Zuhal berada setentang dengan Bumi.

Pada tahun 2018, Zuhal berada pada kedudukan Istiqbal pada 27 Jun 2018. Apabila Zuhal mengalami Istiqbal, planet ini berada dalam kedudukan yang paling dekat dengan Bumi berbanding dengan kedudukannya yang lain di dalam orbit. Jarak purata Zuhal dari Matahari, 9.56 kali lebih jauh berbanding dengan jarak Bumi dari Matahari. Ketika Istiqbal pada kali ini, jaraknya lebih dekat, iaitu 8.97 kali.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda