CABARAN PASS-OUT BAHAYA!

Oleh: Muhammad Hamzihadi Hamrah

Pada tahun 2017, tular dalam media sosial, permainan yang dikenali sebagai cabaran pass-out atau permainan tercekik. Permainan ini tiada kebaikan, malah 100% berbahaya. Permainan ini bukan sesuatu yang baharu kerana pernah direkodkan sejak era 1900-an.

Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang menekan bahagian tengah dada, iaitu sternum, orang yang lain sehingga orang yang ditekan dadanya ini pengsan. Tempoh dada ditekan sebelum pengsan ialah 30 saat.

Ketika dada ditekan, berlaku keadaan tekanan tinggi pada bahagian toraks, iaitu rongga di dalam dada dan jantung. Hal ini menyebabkan aliran darah dari badan ke jantung kanan (kembalian vena) menjadi sedikit dan berkurang. Yang seterusnya, jantung gagal mengepam darah, lalu menyebabkan sedikit atau tiada output kardiak. Hal ini bermakna, tiada darah mengalir keluar dari jantung ke seluruh badan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Hantar Maklum Balas Anda