BADAI MATAHARI PASTI BERLAKU

Oleh: Ramli Abu Samad

Matahari objek bebola yang terdiri daripada gas hidrogen dan helium, juga sebutir bintangdalam kategori bintang sederhana atau sedang di alam sejagat. Matahari ialah indukbagi sembilan planet yang mengelilinginya dalam sistem Tatasuria dan jisim yang palingbesar, iaitu lebih kurang 99.8% berbanding dengan semua jisim lain yang ada di dalam sistem ini.

Matahari juga dikenali sebagai kawah nuklear. Bintang ini menjana pelakuran nuklear sejak kewujudannya, iaitu lebih kurang lima bilion tahun yang lalu. Kerja rutinnya ialah penyemburan haba, cahaya, gas panas, angin suria dan pelbagai radiasi ke alam suria. Kerja suria ini berterusan dalam tempoh 4.5 bilion tahun lagi sebelum mengalami proses supernova yang menjadi ketibaan ajalnya.

Matahari mengawal peredaran semua planet. Semua gerakan menjadi teratur disebabkan oleh gaya graviti Matahari. Bumi bergerak dengan kelajuan 108 ribu kilometer sejam dalam satu perjalanan yang melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari. Matahari pula bergerak pada kelajuan 50 kilometer sesaat untuk mengikuti graviti pusat pada galaksi Bimasakti.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Angkasa

Hantar Maklum Balas Anda