KELAWAR PEMAKAN BUAH PENYEBAR BIJI BENIH

Oleh: Nor Hazwani, A. R., Shahfiz, M. A., Kaviarasu, M., Nur Alwani, Z. dan Noor Faradiana, M. F.

Kelawar satu-satunya mamalia yang berkebolehan untuk terbang seperti burung. Hal ini dikatakan demikian kerana kelawar mempunyai otot seperti tangan yang berubah suai menjadi sayap. Berbeza daripada sayap burung yang berbulu pelepah, kelawar mempunyai sayap yang terdiri daripada membran yang meliputi 85% daripada jumlah saiz badan kelawar dan mampu menampung berat badannya ketika terbang.

Selain kelawar, masyarakat sering beranggapan bahawa ada spesies mamalia lain yang berkebolehan untuk terbang, seperti tupai terbang merah (Petaurista petaurista) dan kubung (Galeopterus variegatus). Namun begitu, spesies ini tidak mempunyai otot seperti kelawar, sebaliknya lebihan kulit yang menyebabkan spesies ini berupaya untuk meluncur di udara berbanding dengan keupayaan untuk terbang. Malaysia mempunyai 128 spesies kelawar. Daripada jumlah ini, 106 spesies dari Semenanjung Malaysia dan 92 spesies dari Sabah dan Sarawak.

Kelawar hidupan liar yang dikelaskan di bawah Order Chiroptera yang dibahagikan kepada dua suborder, iaitu Megachiroptera (kelawar pemakan buah) dan Microchiroptera (kelawar pemakan serangga). Di Malaysia, hanya satu keluarga Pteropodidae yang tergolong di bawah suborder Megachiroptera yang terdiri daripada 18 spesies.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: DARIPADA FRIM

Hantar Maklum Balas Anda