SAMPAR AYAM BOLEH DICEGAH

Oleh: Azri Adzhar

Penyakit sampar ayam dikenali dengan pelbagai nama,seperti tetelo, penyakit Ranikhet, Newcastle (ND), FowlPest atau Pseudo Fowl Plague. Walaupun berkaitandengan ayam, hampir semua spesies unggas, sepertiitik, angsa, ayam belanda, kuang, merak dan burung liar,rentan terhadap penyakit ini walaupun sedikit sahaja yangmenunjukkan gejala klinikal.

Penyakit sampar ayam direkodkan kali pertama daripada wabak yang berlaku di Pulau Jawa pada tahun 1926. Setelah itu, penyakit ini merebak di serata dunia. Dari segi ekonomi, sampar ayam penyakit paling utama dalam industri ternakan ayam. Beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak ayam dari segi langkah kawalan dan pencegahan adalah besar. Secara tidak langsung, penyakit ini menjejaskan reputasi negara yang mengeksport ayam dan produknya.

Hal ini dikatakan demikian kerana serangan virus sampar ayam menyebabkan kematian populasi ayam yang banyak dalam tempoh yang singkat dan menjadi ancaman bagi negara pengimport. Negara yang terjejas disebabkan oleh penyakit ini diletakkan dalam kategori berisiko. Selain itu, hasilan daripada industri ini dikenakan saringan keselamatan kesihatan haiwan atau dilarang untuk diimport.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Veterinar

Hantar Maklum Balas Anda