SIATIKA MASALAH SARAF

Oleh: Rehanah Mohd. Zain

Istilah siatika digunakan untuk menggambarkan radikulopati yang berlaku apabila satu atau lebih saraf yang membentuk saraf siatika besar terganggu atau terasa mencubit. Siatika merujuk kesakitan yang menyerap di sepanjang saraf siatika dan biasanya dirasai pada bahagian pinggul, belakang betis dan kaki sehingga jari-jemari kaki. Secara biasanya lagi, siatika hanya menjejaskan satu bahagian badan daripada pinggul sehingga bawah kaki.

Lebih kurang antara 15% – 40% orang mengalami siatika, seterusnya terjejas kualiti kehidupannya. Keadaan ini jarang-jarang berlaku pada orang dewasa yang umurnya kurang daripada 20 tahun, sebaliknya meningkat apabila usia meningkat daripada 40-an, 50-an dan 60-an. Orang yang banyak melakukan aktiviti gerakan fizikal dalam pekerjaan, seperti pekerja kontrak rumah, tukang kayu dan tukang potong rumput, mudah mengalami siatika berbanding dengan orang yang bekerja di pejabat yang gerakannya terbatas.

Siatika berlaku disebabkan oleh cakera lumbar hernia, penyakit cakera degenaratif, spondilolistesis istmik dan stenosis tulang belakang lumbar dan sindrom piriformis.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Kesihatan

Hantar Maklum Balas Anda