MAKANLAH YANG SELAMAT

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kecanggihan teknologi kejuruteraan genetik sememangnyadiakui oleh pelbagai ahli sains. Menerusi pencapaian dalamteknologi ini, pelbagai produk baharu dicipta dan digunakan.Produk yang baru dicipta ini mempunyai keupayaan yang tinggidari segi melawan penyakit dan musuh, bersaiz lebih besar danmempunyai produktiviti yang sangat tinggi.

Dalam bidang pertanian atau penternakan, yang paling penting ialah produktiviti penghasilan dan kelangsungan kehidupan. Jika produktiviti meningkat, banyak produk yang dapat dihasilkan. Jika kelangsungan kehidupan dapat ditingkatkan atau tiada yang rosak atau mati, output pertanian dan penternakan menjadi maksimum, seterusnya menguntungkan petani dan penternak. Secara tidak langsung, bekalan makanan daripada produk pertanian dan penternakan dapat dibekalkan pada setiap masa.

Antara kaedah untuk memastikan kejayaan pembekalan makanan termasuklah menghasilkan organisma terubah suai genetik. Organisma ini ialah organisma asal yang menjalani perubahan dari segi genetik, seterusnya membentuk organisma jadian. Perubahan ini pula suatu yang kekal. Oleh sebab itu, organisma ini sukar dihapuskan dan bakal mendominasi kawasan sehingga menyebabkan kepupusan organisma asal.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.

Posted in: Daripada Editor

Hantar Maklum Balas Anda