ORGANISMA TERUBAH SUAI GENETIK SELAMAT?

Oleh: Wan Elyn Amira Wan Adnan

Organisma terubah suai genetik (GMO) merujuk tanaman atau organisma lain yang mengalami pengubahsuaian kandungan genetik. GMO menggunakan teknologi kejuruteraan genetik yang melibatkan perubahan genetik sesuatu organisma kepada bentuk baharu.

Proses ini dilakukan dengan cara mengeluarkan satu gen atau lebih gen daripada asid deoksiribonukleik (DNA) organisma lain, sama ada bakteria, virus, binatang atau tumbuhan. Kemudian, gen ini digabungkan ke dalam DNA tanaman atau organisma yang bakal diubah suai. Oleh sebab itu, aplikasi pengubahsuaian genetik menerusi teknologi ini tidak terhad pada tumbuhan, malah pada hidupan lain, daripada sekecil virus dan bakteria, sehinggalah sebesar haiwan dan manusia.

Menerusi kejuruteraan genetik, ahli sains dari Syarikat Mosanto, Amerika Syarikat memindahkan gen daripada bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis (Bt) ke dalam DNA pokok jagung yang ingin diubah suai. Pemindahan gen ini menyebabkan gen pokok jagung baharu menjadi kuat dan tahan serangan penyakit berbanding dengan pokok jagung semula jadi.

Perbezaan antara jagung GMO (kiri) dengan jagung semula jadi (kanan).

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.

Posted in: Bioteknologi

Hantar Maklum Balas Anda