PROXIMA CENTAURI BERHAMPIRAN DENGAN BUMI

Oleh: Kassim Bahali

Bintang ialah hiasan langit pada waktu malam. Jika tiada bintang di langit pada waktu malam, langit kelihatan hitam pekat dan sangat menakutkan. Dengan adanya berjuta-juta bintang yang menghiasi langit, langit kelihatan indah dan memberikan ketenangan apabila dilihat. Bintang yang kelihatan seperti titik kecil cahaya yang berkelipan di langit menambahkan seri langit malam. Bintang ini kelihatan kecil disebabkan oleh kedudukannya yang sangat jauh dari Bumi.

Oleh sebab jarak bintang yang sangat jauh dari Bumi, ukuran jarak, seperti kilometer, tidak sesuai digunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana bilangan angka yang terlalu panjang terpaksa digunakan dan menjadikannya sukar disebut. Oleh hal yang demikian, ahli astronomi menentukan jarak sesuatu bintang berdasarkan tempoh cahaya yang diambil dari satu bintang untuk tiba di Bumi.

Cahaya bergerak lurus di dalam vakum dengan sangat pantas, iaitu dengan kelajuan 300 ribu kilometer per saat. Dalam tempoh 10 saat, cahaya bergerak sejauh tiga juta kilometer. Dalam tempoh satu jam pula, cahaya bergerak sejauh 1080 juta kilometer. Cahaya matahari memerlukan tempoh lapan minit untuk tiba di Bumi. Jarak antara Matahari dengan Bumi pula ialah 150 juta kilometer.

Jarak antara Bumi dengan Proxima Centauri dan Matahari.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik September 2018.

Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda