SINDROM TEROWONG KARPAL JEJASKAN PENGGUNA KOMPUTER

Oleh: Nik Azlan Nik Muhamad, Mohd. Hisham Mohd. Isa dan Ida Zarina Zaini

Komputer ialah alat yang tidak dapat dipisahkan daripada manusia pada hari ini kerana diperlukan oleh hampir semua orang. Daripada pelajar sekolah, pelajar universiti sehinggalah pekerja di pejabat, semua golongan ini terdedah pada penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, tidak banyak pengguna komputer yang mengetahui bahawa ada kesan tidak baik yang bakal dialami setelah menggunakan komputer dalam tempoh yang lama. Kesan yang dimaksudkan ini ialah sindrom terowong karpal.

Jika mengalami gejala sesemut, kebas atau lemah pada tangan, seseorang itu mungkin mengalami sindrom terowong karpal. Hal ini disebabkan oleh tekanan pada saraf median, iaitu saraf yang mengawal dan menginervasi bahagian lengan, ibu jari, jari telunjuk dan separuh daripada jari hantu. Saraf ini melalui saluran di pergelangan tangan yang dikenali sebagai terowong karpal.

Lokasi saraf median dan terowong karpal pada pergelangan tangan.
Faktor Penyempitan Terowong Karpal
1. Gerakan berulang-ulang, seperti menaip atau gerakan pergelangan tangan yang berulang-ulang. Hal ini berlaku, terutamanya pada gerakan tangan di bawah pergelangan.
2. Penyakit, seperti hipotiroidisme, obesiti, artritis reumatoid dan kencing manis.
3. Kehamilan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Oktober 2018.

Posted in: Fokus

Hantar Maklum Balas Anda