Kunyit sebagai Antikanser

Oleh Norfarizan Hanoon Noor Azmi dan Nurraihana Hamzah

KUNYIT merupakan rizom daripada pokok Curcuma longa L. Pokok ini ditemui di belukar dan semak samun. Kunyit berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan, tetapi kini ditanam untuk tujuan komersial di India, China, Indonesia dan Indochina.

Kunyit digunakan dalam perubatan tradisional, pewarna makanan dan upacara keagamaan dan pemujaan sejak tahun 600 Sebelum Masihi.

Dalam perubatan Melayu, kunyit digunakan untuk merawat darah tinggi, demam kuning, cirit-birit, meningkatkan selera makan, ubat sakit perut dan sembelit. Kajian saintifik membuktikan kunyit mempunyai sifat antibarah, antiradang dan dapat melindungi kesan biologi lain dalam manusia. Kesan ini disebabkan oleh sebatian kunyit, iaitu kurkumin yang telah dikaji secara meluas terhadap kesan antiradang, antioksidan, penyembuh luka dan antibarah.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2012

Posted in: Fitokimia

Satu Maklum Balas to “Kunyit sebagai Antikanser”

  • Salam Editor,saya mencadangkan agar idwujudkan satu lagi kategeri iaitu kategori sains makanan. Mungkin artikel seperti nenas dan kopi yang telah disiarkan lebih sesuai dimasukkan dlm kategori ini. Sekian.

Hantar Maklum Balas Anda